ANAK kepada mangsa kemalangan di Pandamaran Jaya, Klang pagi tadi tampil menafikan ayahnya, Mohd Shariff Semin, 63, keluar secara tiba-tiba dari tepi jalan sehingga menyebabkan sebuah Toyota Vellfire tidak sempat mengelak lalu melanggarnya.
Afiq yang dihubungi UtusanTV mengatakan ayahnya yang merupakan seorang pesara tentera itu berada di jalan bertentangan sebelum dilanggar Vellfire yang terbabas.
“Ayah berada di lorong Pandamaran Jaya menghala ke lampu isyarat sebelum Vellfire masuk ke laluan bertentangan,” katanya.
Baca artikel berkaitan: Warga emas patah tulang rusuk, kaki serta tangan dilanggar Vellfire dekat Klang
Terdahulu dalam siasatan awal polis, mendapati kemalangan berlaku semasa Toyota Vellfire dalam perjalanan dari arah Jalan Kim Chuan menghala ke Jalan Banting.
“Semasa bergerak terus, secara tiba-tiba sebuah motosikal Honda Dash yang ditunggangi Mohd Shariff dari tepi jalan arah sama telah memasuki jalan utama.
“Vellfire itu tidak sempat mengelak lalu terlanggar mangsa,” kata kenyataan itu.
Bagaimanpun, dalam kenyataan tersebut ada menyebut, pihak polis telah mengesan waris mangsa dan waris sedang membuat laporan polis.
Cerita Fiq, ketika kejadian ayahnya dalam perjalanan ke pasar pagi bagi membeli sayur dan ikan.
“Saya pernah pesan supaya ayah jangan ikut jalan besar sebab bahaya kerana ada banyak lori. Tapi tak sangka pula bila ikut jalan lain jadi begitu,” ujarnya.
Ditanya mengenai keadaan ayahnya, dia berkata ayah sudah sedar tetapi masih dalam pemantauan zon kecemasan.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

