Warga emas patah tulang rusuk, kaki serta tangan dilanggar Vellfire dekat Klang

Dari Penulis

SEORANG warga emas patah tulang rusuk kiri dan kanan serta pada bahagian kaki dan tangan kanan selepas dilanggar sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Velfire dalam satu kejadian awal pagi tadi.

Ketua Polis Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong (gambar kecil) berkata, kemalangan berlaku kira-kira pukul 9.05 pagi di Pandamaran Jaya, Klang.

“Mangsa Mohd Shariff Semin, berusia 63 tahun berasal dari Kampung Idaman, Klang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ujarnya, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku semasa Toyota Vellfire dalam perjalanan dari arah Jalan Kim Chuan menghala ke Jalan Banting.

“Semasa bergerak terus, secara tiba-tiba sebuah motosikal Honda Dash yang ditunggangi Mohd Shariff dari tepi jalan arah sama telah memasuki jalan utama.

“Vellfire itu tidak sempat mengelak lalu terlanggar mangsa,” katanya.

Baca artikel berkaitan: Langgar 9 motosikal, pemandu lori mengaku tidak bersalah

Tambahnya, polis telah mengesan pemandu Toyota Vellfire berusia 46 tahun beralamat di Bandar Bukit Tinggi dan mengarahkan suspek membuat laporan.

“Vellfire itu telah dihantar ke Balai Trafik IPD Klang Selatan untuk pemeriksaan Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom),” ujarnya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Harga diesel turun 30 sen seliter minggu ini

HARGA diesel di Semenanjung diturunkan 30 sen seliter bagi tempoh 18 Jun hingga 24 Jun ini. Kementerian Kewangan dalam kenyataan...

More Articles Like This