PENGERUSI Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, trend mutakhir menunjukkan pengundi condong menyokong calon PN pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, 12 Mac ini.
Beliau yang giat berkempen dan bertemu pengundi mendapati situasi terkini iaitu dua hari sebelum tarikh mengundi sangat menggalakkan dengan sokongan mengarah kepada PN.
“Saya sudah melihat trend mutakhir ini cukup menggalakkan. Saya telah turun ke banyak tempat hampir ke seluruh pelosok Johor dan meneliti situasi di bawah, nampaknya lepas kita buat penjelasan dan penerangan masalah negara sewaktu zaman PN, BN (Barisan Nasional) dahulu, trend sokongan mutakhir nampak mengarah kepada Perikatan Nasional,’’ kata beliau.
Muhyiddin berkata demikian dalam ceramah umum di Felda Ayer Hitam, Johor malam tadi. Hadir sama calon PN DUN Machap, Azlisham Azhar dari Pas.
Baca artikel berkaitan: [VIDEO] PRN Johor: Bangsa Johor buktikan kejantanan jatuhkan UMNO
Jelasnya lagi, kawasan rancangan tanah Felda adalah antara tempat utama yang diberikan perhatian oleh PN.
Nampaknya orang Felda pun sudah bijaksana menilai apa yang telah dilakukan oleh PN.
“Mereka tahu PN membantu mereka dan saya juga sudah melihat walaupun ada UMNO di sini, ada cawangan UMNO dan di tempat saya ada empat rancangan tanah Felda yang dahulunya kelabu, sekarang hampir semua sudah putih dan menyokong kepada PN.
“Mereka percaya PN boleh mentadbir. Jangan kita fikir hanya BN mampu menguruskan negara,” tegas beliau.
Katanya, berbekalkan pengalaman sebagai Perdana Menteri sebelum ini serta pernah mentadbir Johor selama 10 tahun, boleh dikatakan pemimpin tertinggi PN cukup berpengalaman menguruskan negeri dan negara.
“Apakah kita tidak boleh mentadbir Johor untuk memenuhi cita rasa rakyat Johor? Tentulah boleh. Yakin kepada kita,” kata beliau.
Selain Azlisham dari PN, kerusi DUN Machap turut ditandingi Datuk Dr. Shahruddin Md. Salleh (Pejuang); Datuk Onn Hafiz Ghazi (BN) dan Sangaran Rawisandiran (Muda).
DUN Machap sebelum ini dimenangi oleh BN melalui Abd. Taib Abu Bakar dengan majoriti 404 undi.
DUN ini mempunyai 33,764 pengundi.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

