KEMENTERIAN Pendidikan Malaysia (KPM) menetapkan tarikh semakan tawaran kemasukan Tingkatan Satu, Tingkatan Empat dan Tahun 1 Sijil Vokasional Malaysia (SVM) ke Sekolah Khusus 2022 adalah pada 15 Mac ini.
Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin berkata, tawaran kemasukan Sekolah Khusus itu melibatkan Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah Menengah Teknik (SMT), Kolej Vokasional (KV) dan Maktab Tentera Diraja (MTD) bawah Kementerian Pertahanan Malaysia.
Menurut beliau, pendaftaran secara dalam talian bagi murid baharu Tingkatan Satu dan Tingkatan Empat di SBP dan SMKA adalah pada 21 Mac 2022 hingga 25 Mac 2022.
“Pendaftaran secara fizikal bagi murid baharu Tingkatan Empat di SBP dan SMKA adalah pada 5 April 2022.
“Pendaftaran secara fizikal bagi murid baharu Tingkatan Satu di SBP dan SMKA akan dimaklumkan oleh KPM.
“Pendaftaran secara fizikal bagi murid baharu Tingkatan Empat dan Tahun 1 SVM di SMT dan KV adalah pada 7 April 2022.
“Pendaftaran bagi murid baharu Tingkatan Empat ke MTD akan dimaklumkan melalui laman sesawang http://www.rmc-education.edu.my/,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Baca artikel berkaitan: KPM buka bilik gerakan urus pusat peperiksaan SPM terjejas banjir
Mengulas lanjut, Radzi berkata, semakan tawaran itu boleh dilakukan melalui pautan https://spskt1.moe.gov.my bagi kemasukan ke Tingkatan Satu.
Tambahnya, bagi kemasukan ke Tingkatan Empat serta Tahun 1 SVM pula boleh melakukan semakan di https://spskt4.moe.gov.my.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

