Bekalan air di 13 kawasan di KL dijangka pulih awal pagi esok – Air Selangor

Dari Penulis

GANGGUAN bekalan air tidak berjadual di 13 kawasan sekitar ibu negara susulan insiden paip pecah di Jalan Kuari, Kampung Cheras Baru dijangka pulih sepenuhnya awal pagi esok.

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) dalam kenyataan di sini hari ini memaklumkan bahawa ketika ini kerja-kerja pembaikan pecah telah siap dilaksanakan dan bekalan air akan mula disalurkan kepada pengguna di kawasan yang terjejas.

Menurut kenyataan itu, tempoh masa pemulihan bekalan air berbeza mengikut lokasi dan jarak premis.

“Bantuan air alternatif melalui lori-lori tangki akan terus digerakkan di kawasan yang terjejas dengan keutamaan diberikan kepada premis-premis kritikal seperti hospital, pusat dialisis dan upacara pengkebumian.

“Para pengguna diharap dapat mematuhi penjarakan fizikal dan memakai pelitup muka semasa mengambil bekalan air daripada lori-lori tangki ini,” menurut kenyataan itu.

Baca artikel berkaitan: SAM bantah projek di Hutan Simpan Kenderong – cemar sumber bekalan air, ancam hidupan liar

Semalam 13 kawasan sekitar ibu negara mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual dan kawasan yang terjejas ialah Taman Muda, Taman Bukit Permai, Taman Bukit Pandan, Kampung Cheras Baru, Taman Mawar, Taman Seraya, Taman Mega, Taman Bukit Teratai, Taman Melur, Taman Saga, Taman Putra, Taman Mewah dan Taman Mestika. 

Untuk maklumat lanjut para pengguna boleh merujuk kesemua saluran komunikasi rasmi Air Selangor seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter atau hubungi Pusat Perhubungan Air Selangor di talian 15300.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Tambang percuma LRT3, bas pengantara sebulan mulai esok – Anwar

ORANG ramai boleh menikmati perkhidmatan percuma Laluan Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) Laluan Shah Alam selama sebulan bermula esok...

More Articles Like This