HAMPIR dua tahun selepas Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan penularan COVID-19 sebagai pandemik pada 11 Mac 2020 dan setakat ini meragut lebih enam juta nyawa di seluruh dunia, “ianya masih belum berakhir.”
Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus yang membuat kenyataan itu pada 9 Mac turut mengingatkan, pandemik ini masih jauh untuk dianggap telah berakhir, meskipun jumlah kes serta kematian di seluruh dunia menunjukkan penurunan, dan beberapa negara menarik balik pelbagai sekatan.
“Pandemik ini tidak akan berakhir di mana-mana sehingga ianya berakhir di mana-mana. Banyak negara di Asia dan Pasifik masih menghadapi peningkatan kes serta kematian.
“Virus ini terus berevolusi dan kita terus mengalami halangan besar untuk mengedarkan vaksin, ujian serta rawatan di mana-mana yang diperlukan, “ katanya dalam sidang media yang dibuat secara maya di Geneva, Switzerland.
Untuk rekod, WHO mengisytiharkan COVID-19 sebagai pandemik pada 11 Mac 2020. Virus ini mula dikesan di Wuhan, ibu negeri wilayah Hubei, China pada 31 Dis 2019.
Perkembangan COVID-19 dalam negara sepanjang tempoh Rangkuman Mingguan Bernama (5 Mac hingga 10 Mac 2022) menunjukkan kes harian baharu masih berlegar antara 20,000 hingga 33,000 kes. Angka kes harian tertinggi untuk tempoh ini pada 5 Mac 2022 iaitu 33,406 kes.
Semalam (10 Mac), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan sebanyak 30,787 kes harian baharu termasuk 608 kes import. Sebanyak 564 (92.8 peratus) daripada kes import itu melibatkan warganegara Malaysia.
Dengan kes kumulatif sebanyak 3,741,986, Malaysia kini di tangga 22 daripada 226 buah negara/wilayah yang dilanda Pandemik COVID-19.
Sementara itu, Malaysia akan melangkah memasuki fasa peralihan ke endemik bermula 1 April 2022, seperti diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 8 Mac lepas, dengan mengambil kira pelbagai faktor termasuk jumlah pesakit kategori 3, 4 dan 5 yang amat rendah iaitu 0.7 peratus.
Di samping itu, sebahagian besar Keluarga Malaysia vaksinasi lengkap serta dos penggalak menerusi program-program vaksinasi khususnya Program Imunisasi COVID- 19 Kebangsaan (PICK), PICK Remaja dan PICKids. Sehingga 7 Mac 2022, kadar vaksinasi lengkap bagi populasi dewasa di dalam negara ialah 98.7 peratus; manakala kadar vaksinasi dos penggalak bagi populasi dewasa ialah 64 peratus.
Data COVIDNOW KKM setakat pukul 11:59mlm 10 Mac 2022 menunjukkan kes aktif COVID-19 sebanyak 314,420 kes dan daripada jumlah itu, sebanyak 302,242 kes (96.1 peratus) dikuarantin di rumah.
Sebanyak 3,039 kes (1.0 peratus) lagi di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC); 8,750 kes (2.8 peratus) di hospital; 160 kes (0.1 peratus) di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa memerlukan Alat Bantuan Pernafasan (ABP) sementara 229 kes (0.1 peratus) di ICU memerlukan ABP.
Rekod kes harian baharu KKM bagi tempoh Rangkuman Mingguan Bernama (5 Mac hingga 10 Mac 2022) seperti berikut:-
5 Mac (33,406), 6 Mac ( 27,435), 7 Mac (26,856), 8 Mac (31,490), 9 Mac (30,246) dan
10 Mac ( 30,787).
Berikut negeri yang mencatat kes empat angka sepanjang tempoh Rangkuman ini:-
5 Mac – Johor (2,713), Kedah (2,946), Kelantan (1,550), Negeri Sembilan (1,565), Pahang (1,529), Perak (1,491), Pulau Pinang (2,621), Sabah (1,778), Sarawak (1,445), Selangor (9,651) dan WP Kuala Lumpur (3,603).
6 Mac – Johor (2,348), Kedah (2,721), Kelantan (1,279), Negeri Sembilan (1,565), Pahang (1,844), Perak (1,262), Pulau Pinang (1,663), Sabah (1,515), Sarawak (1,244), Selangor (7,012) dan WP Kuala Lumpur (2,685).
7 Mac – Johor (2,049), Kedah (2,884), Kelantan (1,896), Negeri Sembilan (1,575), Pahang (1,858), Perak (1,142), Pulau Pinang (1,836), Sabah (1,235), Selangor (6,757), Terengganu (1,270) dan WP Kuala Lumpur (2,181).
8 Mac – Johor (1,721), Kedah (3,015), Kelantan (1,647), Negeri Sembilan (1,883), Pahang (1,409), Perak (1,279), Pulau Pinang (2,425), Sabah (1,216), Sarawak (1,903), Selangor (8,095), Terengganu (1,277) dan WP Kuala Lumpur (4,527).
9 Mac – Johor (2,986), Kedah (3,179), Kelantan (1,691), Negeri Sembilan (1,798), Pahang (1,529), Perak (1,442), Pulau Pinang (2,462), Sabah (1,352), Sarawak (1,727), Selangor (6,606), Terengganu (1,283) dan WP Kuala Lumpur (2,856).
10 Mac – Johor (2,120), Kedah ( 2,929), Kelantan (1,637), Negeri Sembilan (2,115), Pahang ( 1,601), Perak (1,469), Pulau Pinang (2,773), Sabah (1,154), Sarawak (1,963), Selangor (7,525), Terengganu (1,236) dan WP Kuala Lumpur (2,919).
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan akhbar hari ini melaporkan, daripada 30,787 kes harian baharu yang dilaporkan, kategori 1 sebanyak 10,921 kes (35.47 peratus); kategori 2 sebanyak 19,642 kes (63.80 peratus); kategori 3 sebanyak 93 kes (0.30 peratus); kategori 4 sebanyak 74 kes (0.24 peratus) kategori 4 dan kategori 5 sebanyak 57 kes (0.19 peratus).
KKM meletakkan pesakit COVID-19 yang memerlukan ventilator yang dianggap kritikal di kategori 5. Kategori 4 untuk pesakit yang memerlukan bantuan oksijen dan kategori 3 pula yang menghidap radang paru-paru. Kategori 1 (tiada gejala) dan kategori 2 (gejala ringan).
Sebanyak 26,457 kes sembuh pesakit COVID-19, menjadikan kes kumulatif sembuh sebanyak 3,393,999 (90.7 peratus).
Sebanyak 153 kes di Unit Rawatan Rapi disahkan sebagai COVID-19 setakat semalam dan 96 kes daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.
Kadar kebolehjangkitan COVID-19 atau Ro/Rt untuk seluruh negara sepanjang tempoh Rangkuman ini melepasi paras 1.00. Data untuk Rangkuman Mingguan ini seperti berikut:-
5 Mac (1.05), 6 Mac (1.05), 7 Mac (1.05), 8 Mac (1.07), 9 Mac (1.06) dan 10 Mac (1.04).
Negeri yang mencatat Ro/Rt yang tinggi pada 10 Mac 2022 adalah Sarawak (1.37), WP Kuala Lumpur (1.16) dan Terengganu (1.15).
R-Naught (Ro/Rt) ialah kebolehjangkitan satu kes positif COVID-19 kepada orang lain dalam tempoh kebolehjangkitan. Ro 0.5 diperlukan untuk melandaikan lekuk jangkitan koronavirus maut ini.
SENARIO COVID-19 DI MALAYSIA
Kes aktif dengan kebolehjangkitan:-
5 Mac (311,206), 6 Mac (308,251), 7 Mac (304,304), 8 Mac (306,680), 9 Mac (310,160) dan
10 Mac ( 314,420).
Perincian kes harian baharu 30,787 kes (+608 kes import) mengikut negeri, setakat pukul 11:59mlm 10 Mac 2022, adalah seperti berikut:-
Kes harian baharu empat angka – Johor 2,196 (+24), Kedah 2,881 (+48), Kelantan 1,597 (+40), Negeri Sembilan 2,084 (+31), Pahang 1,591 (+10), Perak 1,428 (+41), Pulau Pinang 2,767 (+6), Sabah 1,151 (+3), Sarawak 1,962 (+1), Selangor 7,333 (+192), Terengganu 1,173 (+63), dan WP Kuala Lumpur 2,866 (+53).
Kes harian baharu tiga angka – Melaka 673 (+59), Perlis 232 (+16), WP Labuan 129 (+0) dan WP Putrajaya 116 (+23).
Rekod kes baharu, penularan tempatan dan yang berkaitan:-
5 Mac – Kes baharu: 33,406 kes (3,595,172 kes kumulatif); Kes import: 342 kes [282 warganegara
(82.5%); 60 bukan warganegara (17.5%)]; Kes tempatan: 33,064 kes [32,074 warganegara
(97.0%); 990 bukan warganegara (3.0%)];
6 Mac – Kes baharu: 27,435 kes (3,622,607 kes kumulatif); Kes import: 254 kes [232 warganegara
(91.3%); 22 bukan warganegara (8.7%)]; Kes tempatan: 27,181 kes [26,263 warganegara
(96.6%); 918 bukan warganegara (3.4%)];
7 Mac – Kes baharu: 26,856 kes (3,649,463 kes kumulatif); Kes import: 211 kes [193 warganegara
(91.5%); 18 bukan warganegara (8.5%)]; Kes tempatan: 26,645 kes [25,955 warganegara
(97.4%); 690 bukan warganegara (2.6%)];
8 Mac – Kes baharu: 31,490 kes (3,680,953 kes kumulatif); Kes import: 473 kes [384 warganegara
(81.2%); 89 bukan warganegara (18.8%)]; Kes tempatan: 31,017 kes [30,163 warganegara
(97.2%); 854 bukan warganegara (2.8%)];
9 Mac – Kes baharu: 30,246 kes (3,711,199 kes kumulatif); Kes import: 418 kes [388
warganegara (92.8%); 30 bukan warganegara (7.2%)]; Kes tempatan: 29,828 kes [29,029
warganegara (97.3%); 799 bukan warganegara (2.7%)];
10 Mac – Kes baharu: 30,787 kes (3,741,986 kes kumulatif); Kes import: 608 kes [564
warganegara (92.8%); 44 bukan warganegara (7.2%)]; Kes tempatan: 30,179 kes [29,295
warganegara (97.1%); 884 bukan warganegara (2.9%)];
Sementara itu, jumlah kluster aktif dalam negara setakat Khamis 10 Mac 2022 sebanyak 419 kluster. Secara keseluruhan, sebanyak 6,869 kluster dikesan dan 6,450 daripadanya, ditamatkan.
Sepanjang tempoh Rangkuman Mingguan Bernama (5 Mac hingga 10 Mac 2022), berdasarkan data KKM, sebanyak 43 kluster baharu direkod.
Kluster terbanyak adalah pendidikan 19 kluster (44.2 peratus). Ini diikuti tempat kerja 13 (30.2 peratus), kumpulan berisiko tinggi 5 (11.6 peratus), pusat tahanan 4 (9.3 peratus) dan komuniti 2 (4.7 peratus).
Rekod kluster baharu dan perincian kluster:-
5 Mac – 11 ( tempat kerja 5, pendidikan 2, kumpulan berisiko tinggi 3 dan pusat tahanan 1);
6 Mac – 4 ( tempat kerja 2 dan pendidikan 2 );
7 Mac – 8 (tempat kerja 2, pendidikan 5 dan pusat tahanan 1);
8 Mac – 11 (tempat kerja 3, komuniti 1, pendidikan 6 dan kumpulan berisiko tinggi 1);
9 Mac – 5 (pendidikan 3, kumpulan berisiko tinggi 1 dan pusat tahanan 1);
10 Mac – 4 ( tempat kerja 1, komuniti 1, pendidikan 1 dan pusat tahanan 1).
PERKEMBANGAN LAIN DALAM NEGARA
Pecahan pesakit COVID-19 mengikut kategori:-
* Kategori 5 dianggap kritikal dan memerlukan ventilator; kategori 4 memerlukan bantuan oksijen dan kategori 3 pula yang menghidap radang paru-paru. Kategori 1 (tiada gejala) dan kategori 2 (gejala ringan).
Daripada 33,406 kes harian yang dilaporkan pada 5 Mac 2022:
- Kategori 1: 13,157 kes (39.39%);
- Kategori 2: 20,035 kes (59.97%);
- Kategori 3: 92 kes (0.28%);
- Kategori 4: 69 kes (0.20%); dan
- Kategori 5: 53 kes (0.16%).
Daripada 27,435 kes harian yang dilaporkan pada 6 Mac 2022:
- Kategori 1: 9,756 kes (35.56%);
- Kategori 2: 17,495 kes (63.77%);
- Kategori 3: 89 kes (0.33%);
- Kategori 4: 53 kes (0.19%); dan
- Kategori 5: 42 kes (0.15%).
Daripada 26,856 kes harian yang dilaporkan pada 7 Mac 2022:
- Kategori 1: 10,160 kes (37.83%);
- Kategori 2: 16,508 kes (61.47%);
- Kategori 3: 81 kes (0.30%);
- Kategori 4: 57 kes (0.21%); dan
- Kategori 5: 50 kes (0.19%).
Daripada 31,490 kes harian yang dilaporkan pada 8 Mac 2022:
- Kategori 1: 12,692 kes (40.30%);
- Kategori 2: 18,623 kes (59.14%);
- Kategori 3: 62 kes (0.20%);
- Kategori 4: 52 kes (0.17%); dan
- Kategori 5: 61 kes (0.19%).
Daripada 30,246 kes harian yang dilaporkan pada 9 Mac 2022:
- Kategori 1: 9,797 kes (32.39%);
- Kategori 2: 20,226 kes (66.87%);
- Kategori 3: 115 kes (0.38%);
- Kategori 4: 54 kes (0.18%); dan
- Kategori 5: 54 kes (0.18%).
Daripada 30,787 kes harian yang dilaporkan pada 10 Mac 2022:
- Kategori 1: 10,921 kes (35.47%);
- Kategori 2: 19,642 kes (63.80%);
- Kategori 3: 93 kes (0.30%);
- Kategori 4: 74 kes (0.24%); dan
- Kategori 5: 57 kes (0.19%).
Rekod kes sembuh untuk tempoh Rangkuman Mingguan ini:-
5 Mac (27,143), 6 Mac (30,335), 7 Mac (30,726), 8 Mac (29,035), 9 Mac (26,653) dan
10 Mac (26,457).
* kes kumulatif sembuh sehingga 10 Mac 2022 sebanyak 3,393,999 (90.7 peratus).
Rekod kes kematian:-
*BID = kes kematian di luar fasiliti kesihatan (iaitu hospital) dan dibawa ke Jabatan Forensik hospital; disahkan positif COVID-19 selepas ujian makmal PT PCr dijalankan.
5 Mac – 67 (BID 23), 6 Mac – 55 (BID 16), 7 Mac – 77 (BID 26), 8 Mac – 79 (BID 19 ), 9 Mac – 113 (BID 41) dan 10 Mac – 70 (BID 19 ).
*Jumlah kes kematian sehingga 10 Mac 2022, sebanyak 33,567 kes.
STATISTIK GLOBAL COVID-19
Jumlah kes COVID-19 global terkini (worldometer) adalah sebanyak 453,273,017 kes (Rangkuman Mingguan lalu 443,690,723 kes) dengan 6,050,520 kematian (Minggu lalu 6,008,720 kematian). Kes pesakit sembuh sebanyak 387,533,485 kes berbanding minggu lalu, 376,599,482 kes.
Sebanyak 226 negara dilanda pandemik COVID-19 dan 10 buah negara teratas dalam kedudukan senarai ini adalah Amerika Syarikat, India, Brazil, Perancis, United Kingdom, Rusia, Jerman, Turki, Itali dan Sepanyol.
Pecahan kes COVID-19 untuk 10 negara teratas dan (+rekod kes harian baharu) adalah seperti berikut:-
Amerika Syarikat 81,107,413 (+36,665);
India 42,983,723 (+3,656);
Brazil 29,249,903 (+55,861);
Perancis 23,308,880 (+74,818);
United Kingdom 19,457,976 (+40,137);
Rusia 17,191,300 (+51,231);
Jerman16,636,606 (+300,270);
Turki 14,488,373 (+29,492);
Itali 13,214,498 (+54,230);
Sepanyol 11,204,125 (+22,615).
Negara China, di mana bermulanya wabak COVID-19 pada penghujung Disember 2019 di tangga 124 dengan 112,385 kes (+528 kes harian baharu).
Di samping Malaysia, dalam kalangan negara di Asia Tenggara, Indonesia, Filipina, Vietnam, Thailand, Singapura, Myanmar, Laos dan Kampuchea, turut menyertai senarai 121 buah negara yang mencatat lebih 100 ribu kes COVID-19.
Pecahan kes kumulatif COVID-19 dan (+kes harian baharu) adalah seperti berikut:–
Indonesia di tangga 15 – 5,847,900 (+21,311);
Vietnam di tangga 20 – 5,260,495 (160,676);
Malaysia di tangga 22 – 3,741,986 (+30,787);
Filipina di tangga 25 – 3,669,283 (+tiada maklumat);
Thailand di tangga 33 – 3,111,857 (+22,984);
Singapura di tangga 61 – 901,758 (+16,165);
Myanmar di tangga 76 – 603,263 (+942);
Laos di tangga 116 – 145,094 (+335);
Kampuchea di tangga 117 – 133,501 (+238);
Brunei di tangga 125 – 104,022 (+3,849)
————————————————————————-
LATAR BELAKANG COVID-19
— Penularan wabak COVID-19 yang pada awalnya dipanggil virus Wuhan berlaku ketika masyarakat Cina di seluruh dunia termasuk di China membuat persiapan untuk menyambut perayaan Tahun Baru Cina.
— Virus dikesan di Wuhan, ibu negeri wilayah Hubei, China pada 31 Dis 2019 selepas WHO dimaklumkan terdapat beberapa kes radang paru-paru di bandar tersebut.
— WHO memberi nama rasmi virus “2019-nCoV” iaitu COVID-19, singkatan untuk Corona Virus Disease 19. Virus ini dilaporkan mempunyai komponen genetik yang paling serupa yang terdapat pada ular dan kelawar.
— Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 11 Mac 2020 akhirnya melabelkan wabak penyakit COVID-19 sebagai pandemik.
— WHO menyifatkan wabak penyakit COVID-19 sebagai 10 kali ganda lebih berbahaya daripada Influenza A H1N1atau lebih dikenali sebagai Selesema Babi (Swine Flu).
— Kes pertama 2019-nCoV di Malaysia disahkan pada 25 Jan membabitkan tiga (3) warga China yang masuk ke Malaysia melalui Johor dari Singapura pada 23 Jan.
– Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menetapkan empat VOC sebagai kebimbangan global iaitu United Kingdom (B.117), Afrika Selatan (B.1.351), Brazil (P.1) dan India (B.1.617).
– WHO berikutnya mengumumkan varian COVID-19 akan dikenali menggunakan huruf Greek bagi mengelakkan mana-mana negara dikaitkan dengan stigma pandemik itu.
– Variant of Concern (VOC) seperti berikut:- *varian Beta (B.1.351); *varian Alpha (B.1.1.7); dan *varian Delta (B.1.617.2), pertama kali dikesan di India pada penghujung tahun 2020.
– Variant of Interest (VOI) seperti berikut:- *varian Theta (P.3); *varian Eta (B.1.525); dan *varian Kappa (B.1.617.1)
– WHO mengumumkan kes VOC B.1.1.529 yang kemudiannya dinamakan Omicron pada 26 Nov 2021. Varian Omicron pertama kali dikesan di Wilayah Gauteng, Afrika Selatan.
– Saintis di Institute IHU Mediterranee Infection, Perancis, mengenalpasti varian baharu pada penghujung November 2021, secara saintifik dikenali sebagai B.1.640.2 dengan mempunyai 46 mutasi dan menggelarkannya, IHU.
– Israel mengesahkan kes pertama individu dijangkiti ‘Flurona’ iaitu kes Influenza dan COVID-19 secara serentak (2 Jan 2022).
— BERNAMA
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

