Gaduh dekat Iskandar Puteri, seorang direman

Dari Penulis

POLIS menahan seorang lelaki berumur lingkungan 18 tahun bagi membantu siasatan kes pergaduhan di tempat letak kereta di Taman Nusa Bestari di Iskandar Puteri yang tular dalam media sosial, semalam.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar berkata, pemuda yang ditahan di lokasi kejadian pergaduhan kira-kira 12.30 tengah malam itu kini direman sehingga Rabu bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan.

“Lelaki itu mengalami kecederaan di bahagian kepala, belakang badan, bahagian siku sebelah kiri dan kanan, bahagian lutut kiri dan kanan serta bahagian muka,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Baca artikel berkaitan: 2 terperangkap dalam kebakaran rumah kedai berjaya diselamatkan bomba

Katanya hasil siasatan mendapati kejadian berpunca punca daripada perselisihan faham antara beberapa lelaki ketika sedang minum minuman keras di sebuah restoran di Taman Nusa Bestari, dan siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti kira-kira 10 individu terlibat dalam pergaduhan itu yang masih bebas.

Terdahulu tular sebuah rakaman video berdurasi 26 saat di laman Facebook yang memaparkan satu pergaduhan sekumpulan lelaki.  

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Mahfuz dakwa Onn Hafiz kaitkan istana dengan politik

NAIB Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mahfuz Omar menegur tindakan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi yang mengaitkan...

More Articles Like This