GARA-GARA tidak puas hati sebab bertentang mata ketika minum di sebuah kafe, seorang kontraktor dan adiknya dipukul tiga lelaki dalam satu kejadian di Taman Petaling Indah, Klang, awal pagi semalam.
Ketua Polis Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 3.40 pagi itu, mangsa bersama adik lelakinya keluar dari sebuah kafe dan menuju ke kawasan parkir sebelum didatangi tiga lelaki.
“Suspek terus menyerang mangsa menggunakan pengunci stereng pada bahagian bahu kanan, sebelum pengadu melarikan diri bagi menyelamatkan diri selepas mendapati suspek bersenjatakan parang,” katanya dalam satu kenyataan dan menambah salah seorang suspek turut dikenali mangsa.
Baca artikel berkaitan: 2 kanak-kanak maut selepas motosikal langgar tiang elektrik
Tambahnya, mangsa mengalami kecederaan lebam pada bahagian bibir, manakala terdapat kesan luka pada kanan perut, tangan kanan serta kaki kiri.
“Adik mangsa cedera pada bahagian perut dan kaki akibat terkena senjata tajam serta lebam mulut akibat dipukul dengan pengunci stereng,” ujarnya.
Hoong Fong berkata kedua-dua mangsa telah dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang untuk menerima rawatan.
Katanya, pihaknya berjaya memberkas dua suspek berusia 26 dan 27 tahun di kawasan Bandar Klang pada pukul 9.30 malam hari yang sama.
“Hasil soal siasat awal kedua-dua suspek mengaku terlibat dalam kes itu, dan bertindak mempertahankan diri masing-masing selepas mangsa melakukan serangan dahulu”.
Kes disiasat dibawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

