ISU pencerobohan perairan negara oleh nelayan asing termasuk dari Vietnam menjadi satu daripada isu yang dibincangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dengan Perdana Menteri Vietnam, TYT Nguyen Xuan Phuc.
Dalam lawatan rasmi Perdana Menteri ke Vietnam semalam, Ismail Sabri telah menyatakan kegusaran berkenaan isu tersebut secara langsung kepada TYT Nguyen.
Hal itu menurut Ismail Sabri kerana terdapat tindakan-tindakan agresif dan provokatif nelayan Vietnam terhadap penguatkuasa maritim dan nelayan tempatan dalam kawasan perairan Malaysia.
“Ini berkait rapt dengan isu dan aktiviti perikanan (IUU) dalam perairan Malaysia yang menjejaskan aktiviti perikanan dan mata pencarian nelayan tempatan.
“Atas keprihatinan kerajaan berhubung isu ini, saya telah meminta Kerajaan Vietnam untuk mengambil langkah-langkah konkrit,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Baca artikel berkaitan: Gaji suami dibeku jika ingkar tuntutan nafkah – Perdana Menteri
Selain itu, Perdana Menteri berkata, beliau turut membangkitkan isu pelarian Rohingya di Malaysia.
Jelas beliau, TYT Nguyen bersetuju dengan pandangan bahawa isu Rohingya tidak wajar dibebankan ke atas sebuah negara sahaja.
“Isu ini sepatutnya menjadi tanggungjawab bersama Asean dan masyarakat dunia.
“Dalam isu Myanmar, kami bersetuju penyelesaian krisis politik di negara ini perlu diterajui oleh Myanmar sendiri.
“Malaysia dan Vietnam sepakat untuk terus menyokong pelaksanaan Konsensu Lima Perkara berkenaan Myanmar,” katanya.
Sementara itu, Ismail Sabri memaklumkan, Malaysia dan Vietnam turut memeterai beberapa perjanjian memorandum persefahaman (MoU) dan Surat Niat.
Jelas beliau, antara MoU yang dimeterai adalah Pengambilan, Penggajian dan Repatriasi Pekerja dan Perjanjian Profesional Bernama dengan Vietnam News Agency (VNA).
“Kita turut bersetuju untuk menjayakan Surat Niat berkenaan kerjasama dalam latihan diplomatik.
“Saya gembira memaklumkan hubungan antara Vietnam dan Malaysia terus teguh, saling bermanfaat dan berpotensi besar,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

