Kerjasama kerajaan, pembangkang perlu dinilai semula – Mohamad Hasan

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

KERJASAMA antara kerajaan dan pembangkang perlu dinilai semula selepas usul untuk melanjutkan penguatkuasaan Subseksyen 4(5) Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 atau SOSMA bagi tempoh lima tahun lagi gagal diluluskan semalam.

Itu penegasan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan selepas pembangkang secara terbuka menunjukkan sikap sambil lewa mereka terhadap usul rang undang-undang tersebut.

Menurut Mohamad, peristiwa kegagalan usul semalam menunjukkan secara jelas kerjasama dan persefahaman kerajaan dan pembangkang sangat sukar untuk diuruskan dengan berkesan.

“Adalah tidak keterlaluan untuk mengambil pendirian bahawa persefahaman tersebut sebenarnya telah gagal berfungsi seperti yang di harapkan.

“Kerajaan yang terbentuk, bertahan dan berfungsi menggunakan mekanisme perjanjian Memorandum Persefahaman (MoU) sebegini adalah sangat berisiko.

“Apa lagi bila Pakatan Harapan (PH) sebenarnya adalah pihak yang tidak boleh di percayai dan memang dah jadi kebiasan mereka untuk memungkiri janji,” ujar beliau dalam kenyataan hari ini.

Baca artikel berkaitan: MoU batal bila PH tolak usul kerajaan, Annuar Musa ajak siap sedia PRU-15

Mengulas lanjut, Mohamad berkata, sesi sidang Parlimen petang semalam adalah bukti kem pembangkan tidak teragak-agak untuk melanggar pendirian dan janji mereka.

Tegas beliau, perkara itu secara tidak langsung mewajarkan kerajaan untuk menilai semula kedudukan kerjasama dengan PH.

“Saya percaya, semua ini memberi tamparan hebat kepada kerajaan dan suatu peristiwa yang sangat memalukan.

“Mungkin telah tiba masanya Kerajaan bergerak ke hadapan dan tidak perlu lagi menunggu MOU tersebut matang pada Julai ini,” katanya.

Mohamad menambah, isu kegagalan usul itu berlaku kerana semua beranggapan sudah wujud persefahaman jelas antara kerajaan dan Pembangkang dalam hal-hal atau usul-usul yang melibatkan reformasi undang-udang dan dasar.

Jelas beliau, hal itu memandangkan ia sudah dizahirkan dalam Perkara 3 Memorandum Persefahaman antara kerajaan dan Pembangkang.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Gempa kuat landa Mindanao, gegaran dirasai di Semporna

GEMPA bumi kuat bermagnitud 6.8 melanda Mindanao, Filipina pada pukul 7.34 malam tadi. Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), gegaran turut...

More Articles Like This