Rasuah projek RM85 juta, sembilan termasuk Datuk ditahan

Dari Penulis

SEMBILAN individu termasuk seorang bergelar Datuk dan seorang wanita ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan kes rasuah berhubung projek bernilai RM85 juta membabitkan institusi automotif negara.

Menurut sumber SPRM, mereka yang berusia antara 34 dan 58 tahun itu ditahan ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya semalam terdiri daripada empat pemilik syarikat, dan masing-masing seorang penasihat perubatan, akauntan, pengarah syarikat, ketua eksekutif serta ketua pegawai operasi.

Dua daripada individu terbabit disyaki telah meminta dan menerima rasuah lebih RM14.9 juta daripada tiga individu yang ditahan sebagai balasan membantu syarikat mendapatkan geran menerusi tiga syarikat lain antara 2018 dan 2020, kata sumber itu.

Baca: Datuk antara ditahan siasatan rasuah projek MRT lebih RM650 juta

Kesemua individu terbabit kini direman antara tiga dan enam hari bermula hari ini, setelah perintah reman terhadap mereka dikeluarkan Majistret Shah Wira Abdul Halim selepas mendengar permohonan SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini.

Pengarah Kanan Bahagian Operasi Khas SPRM Datuk Tan Kang Sai ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut bagi membolehkan kes disiasat di bawah Seksyen 17 (a) (A) Akta SPRM 2009.

— BERNAMA


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

DBKL diberi peringatan, perketat kawal selia pembangunan berhampiran kolam takungan air

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah memberi peringatan kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) supaya memperketat pemantauan dan kawal...

More Articles Like This