Datuk antara ditahan siasatan rasuah projek MRT lebih RM650 juta

Dari Penulis

TIGA pengarah dan dua bekas pengarah syarikat kejuruteraan ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan kes rasuah berkaitan projek Transit Aliran Massa (MRT) bernilai lebih RM650 juta.  

Menurut sumber SPRM, empat lelaki termasuk seorang bergelar Datuk serta seorang wanita berusia antara 43 dan 63 tahun itu ditahan ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya semalam.

Sumber SPRM itu berkata dua bekas pengarah syarikat itu dipercayai telah menerima rasuah kira-kira RM27 juta daripada sebuah syarikat kejuruteraan lain sebagai balasan melantik syarikat tersebut sebagai perunding membabitkan projek berkenaan pada 2017.

Baca: SPRM tahan pengarah syarikat bantu siasatan beri suapan RM2 juta

Tiga pengarah syarikat kejuruteraan itu kini direman hingga 27 Mac ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 16 Akta SPRM 2009 manakala dua bekas pengarah pula tidak direman atas faktor kesihatan.

Perintah reman dikeluarkan Majistret Shah Wira Abdul Halim di Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini selepas menerima permohonan SPRM.

Dua bekas pengarah itu pula diperintah hadir ke Ibu Pejabat SPRM setiap hari bagi membantu siasatan.

— BERNAMA


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

‘Anda tak nak duduk semeja dengan DAP, teruskan keangkuhan kamu’ – Loke

DAP menyifatkan keputusan Barisan Nasional (BN) Johor untuk tidak bekerjasama dengannya jika diberi mandat semula membentuk kerajaan negeri pada...

More Articles Like This