KPDNHEP sita 2,220 liter diesel penyelewengan minyak

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

KEMENTERIAN Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menyita 2,220 liter minyak diesel dalam tiga siri serbuan aktiviti penyelewengan minyak di sebuah stesen minyak di Puchong 22 Mac lalu.

Pengarah Penguat Kuasa KPDHEP, Azman Adnan berkata, pihaknya turut menyita dua buah lori, satu set dekoder kamera litar tertutup (CCTV), resit jualan dan belian berserta dokumen-dokumen perniagaan yang lain bagi tujuan siasatan lanjut.

“Nilai keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah RM 169, 644.00.

“Kita turut menahan empat individu lelaki dalam serbuan ini yang mana dua daripadanya adalah warga tempatan berusia dalam lingkungan 30 an dan 50 an.

“Pengurus stesen minyak berkenaan serta dua lagi lelaki bukan warganegara berusia dalam lingkungan 30an turut ditahan bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baca artikel berkaitan: Keperluan penetapan harga siling bagi kit ujian sendiri dikaji semula – KPDNHEP

Mengulas lanjut, Azman berkata, kertas siasatan telah dibuka dan siasatan lanjut akan dilakukan mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961.

Jelas beliau, hal itu bagi mengenal pasti rantaian pengedaran minyak diesel tersebut bermula daripada stesen minyak berkenaan hingga ke lokasi minyak tersebut diedarkan.

Tambahnya, KPDNHEP turut mengambil tindakan tegas dengan menggantung sementara lesen berkaitan barang kawalan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 (CSA) dan kebenaran di bawah Akta Kemajuan Petroleum 1974 (PDA) oleh syarikat yang terlibat sehingga siasatan selesai dijalankan dan keputusan kes dimuktamadkan.

“Syarikat ini juga akan disiasat di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA 2001) (Akta 613).

“Akta ini adalah kesalahan pengubahan wang haram bagi tujuan mengesan, membeku, menyita serta sehingga ke peringkat perlucutanhak ke atas apa-apa hasil endapatan atau harta yang dijana daripada aktiviti haram penyelewengan barang kawalan bersubsidi terutamanya berkaitan minyak diesel,” katanya.

Azman menambah, KPDNHEP tidak akan berkompromi dengan mana-manan pihak yang didapati terlibat dalam penyelewengan dan aktiviti haram tersebut.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

UMNO-BN Negeri Sembilan sedia letak calon di semua 36 kerusi DUN

UMNO-Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan bersedia untuk meletakkan calon di semua 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan...

More Articles Like This