Polis cari saksi kemalangan maut babit penunggang motosikal

Dari Penulis

POLIS memohon saksi kemalangan maut membabitkan seorang penunggang motosikal pada 14 Mac lalu di Jalan PSJ 2 berhampiran Apartmen Medan Jaya, Petaling Jaya tampil bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 5.30 petang membabitkan seorang lelaki tempatan berusia 39 tahun.

“Mangsa menunggang motosikal jenis Honda Dash dipercayai gagal mengawal kenderaan sebelum terbabas,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Baca artikel berkaitan: Bapa 3 anak buat aksi berbahaya di dalam kereta ditahan

Ujarnya, mangsa disahkan meninggal dunia semalam pada pukul 8.40 malam di Hospital Shah Alam ketika menerima rawatan.

“Siasatan lanjut masih dijalankan untuk mengenal pasti punca dan sebab kematian”.

Orang ramai yang melihat atau berada di tempat kejadian diminta tampil di mana-mana balai polis berdekatan atau berhubung dengan Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor R. Navalan di talian 014-2536820 bagi membantu siasatan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

PETRA peruntuk RM6.3 juta tangani banjir kilat George Town

LEBIH 39,550 penduduk di sekitar George Town dijangka mendapat manfaat daripada Projek Menaiktaraf Pam dan Kolam Takungan Banjir S18...

More Articles Like This