Penangan ‘MoonSwatch’, cawangan Swatch London ditutup selepas 30 minit dibuka

Dari Penulis

KERJASAMA antara Omega dan Swatch mencetuskan fenomena luar biasa bukan sahaja di Kuala Lumpur, malah di seluruh dunia.

Di London, cawangan Swatch di Carnaby Street terpaksa ditutup selepas hanya 30 minit dibuka, semalam.

Berlaku kekecohan semasa orang ramai memenuhi cawangan Swatch di Carnaby Street memaksa ia ditutup selepas hanya 30 minit dibuka, semalam.

Ini selepas huru hara tercetus apabila pelanggan bergelut untuk menjadi yang terawal mendapatkan koleksi jam diberi nama MoonSwatch itu.

Pihak polis terpaksa masuk campur apabila dirakam bercakap dengan kakitangan kedai ketika orang ramai nekad mahu mendapatkan koleksi mereka.

“Mereka nampaknya tidak bersedia (dengan kumpulan orang ramai). Syarikat Swatch sepatutnya menyediakan langkah kawalan orang ramai,” kata seorang lelaki yang tidak mahu namanya didedahkan kepada Daily Mail.

Katanya, mereka yang tiba di kedai dimaklumkan premis itu tidak akan dibuka dan beliau percaya hanya 10 pengunjung yang berjaya memasukinya sebelum ia ditutup.

Tambahnya, huru hara tercetus apabila terdapat pelanggan cuba memotong barisan mereka yang lebih awal beratur di premis Swatch itu sejak kelmarin.

Dalam pada itu, MyLondon yang memetik jurucakap Swatch sebagai berkata, pembuat jam Switzerland tersebut menutup cawangannya di London atas faktor kesihatan dan keselamatan. Terima kasih kerana memahami.

“Kami memohon maaf kerana faktor kesihatan dan keselamatan yang tidak pernah berlaku, kami terpaksa menutup cawangan di Covent Garden, Carnaby Street dan Oxford Street,” katanya.

Fenomena barisan panjang orang ramai untuk mendapatkan koleksi MoonSwatch itu dilapor turut berlaku di Edinburgh, Delhi, Melbourne, Rotterdam, Bologne dan New York.

Pembelian luar biasa itu didorong oleh penjualan jam mampu milik MoonSwatch yang hanya dijual pada harga 207 pound (RM1,149).

Namun, hasil semakan di portal membeli belah eBay mendapati ada pihak yang sudah menjualnya sehingga 3,000 pound (RM16,661)

Koleksi jam itu dinamakan Moonwatch kerana ia adalah jam tangan pertama yang dipakai oleh angkasawan yang berjalan di bulan semasa misi Apollo 11 pada tahun 1969.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Anggota MALBATT 850-13 bertugas di Selatan Lubnan selamat – ATM

ANGKATAN Tentera Malaysia (ATM) mengesahkan bahawa seluruh anggota MALBATT 850-13 yang sedang bertugas di Selatan Lubnan berada dalam keadaan...

More Articles Like This