SEORANG pencuri nekad mengumpil pintu besi sebuah butik sebelum berjaya melarikan pakaian bernilai RM50,000 dalam satu kejadian tengah malam Jumaat lalu.
Aksi penjenayah mengangkut pakai seorang diri berjaya dirakam kamera litar tertutup (CCTV) milik butik berkenaan yang terletak di Subang Jaya.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Abd Khalid Othman berkata, seorang pekerja butik berusia 30 tahun sebelum itu menerima panggilan daripada majikannya yang memaklumkan mengenai insiden itu pada jam 12.30 tengah malam.
“Pemeriksaan yang dibuat oleh wanita berkenaan mendapati pakaian, monitor dan sejumlah wang tunai telah dilarikan penjenayah, anggaran kerugian lebih kurang RM50,000,” katanya memetik laporan Sinar Harian semalam.
Baca artikel berkaitan: 1,571 pegawai, anggota polis dikenakan tindakan tatatertib
Abd Khalid berkata, pemeriksaan CCTV mendapati seorang lelaki bertindak mengumpil pintu “shutter” pada bahagian hadapan kedai dan masuk melalui pintu kaca.
“Hasil semakan mendapati kenderaan yang digunakan oleh suspek menggunakan nombor pendaftaran palsu.
“Siasatan masih dijalankan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

