Kerajaan Johor tumpu pembukaan semula sempadan dengan Singapura – Exco

Dari Penulis

KERAJAAN Negeri Johor akan memberikan tumpuan terhadap pembukaan semula sempadan antarabangsanya terutamanya sempadan darat antara Johor dan Singapura, susulan Fasa Peralihan Ke Endemik bermula 1 April 2022.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan Negeri Johor Ling Tian Soon berkata, tumpuan berkenaan, turut diberikan kepada melicinkan perkhidmatan di pintu-pintu masuk antarabangsa dengan beberapa prosedur baharu.

Katanya, kerajaan negeri termasuk portfolio kesihatan kini sedang berusaha untuk memastikan langkah-langkah berkenaan dapat dilaksanakan, secara selamat dan berperingkat.

“Dengan prosedur baharu pembukaan sempadan, kelonggaran diberikan kepada mereka yang telah lengkap vaksin, sebagai contoh bagi yang telah lengkap vaksin dan memasuki sempadan darat Johor-Singapura tiada keperluan menjalani ujian COVID-19 serta kuarantin.

“Manakala yang tiada mempunyai sijil vaksinasi yang lengkap perlu melalui ujian dan kuarantin,” katanya dalam satu kenyataan yang dimuatnaik menerusi Facebook rasminya, hari ini.

BERITA BERKAITAN Buka sempadan: Semua pengangkutan awam Malaysia-Singapura dibenar operasi

Tambah ADUN Yong Peng itu lagi, sehingga 29 Mac (Selasa) kadar vaksinasi lengkap penduduk dewasa Johor ialah 99.8 peratus, manakala kadar vaksinasi dos penggalak bagi dewasa ialah 75.9 peratus.

Bagi golongan remaja di bawah 18 tahun pula sebanyak 95.8 peratus (vaksinasi lengkap) dan kanak-kanak berusia lima hingga 12 tahun adalah 44.3 peratus (1 dos vaksin).

“Dengan ini dinasihati agar penduduk dewasa yang layak tetapi masih belum menerima dos penggalak, untuk segera mendapatkannya. Para ibu bapa yang mempunyai anak-anak berumur lima hingga 12 tahun yang masih belum menerima vaksin juga disaran untuk mendaftarkan anak mereka untuk mendapatkan vaksin,” katanya.

— BERNAMA


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Sindiket potong minyak masak peket tumpas, 59 tan dirampas – KPDN

KEMENTERIAN Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menumpaskan satu rangkaian sindiket penyelewengan minyak masak peket bersubsidi yang...

More Articles Like This