Aktiviti sukan, rekreasi boleh dilaksana sepenuhnya – Ahmad Faizal

Dari Penulis

AKTIVITI sukan dan rekreasi kini boleh dilaksanakan sepenuhnya tanpa terikat kepada had tertentu selaras dengan fasa peralihan endemik bermula hari ini, menurut Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Menerusi kenyataan dikeluarkan kementerian berkenaan, beliau berkata, meskipun dibuka sepenuhnya, sektor sukan dan rekreasi masih tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu. GAMBAR: Abd Razak Aid

Beliau berkata, antara kemudahan baharu di bawah sektor sukan dan rekreasi termasuk tiada had kapasiti penyertaan bagi melakukan aktiviti berkumpulan dan penganjuran sebarang pertandingan mahupun acara sukan dan rekreasi.

“Ia bagaimanapun tertakluk kepada kemampuan mengekalkan penjarakan fizikal sebelum dan selepas aktiviti atau acara diadakan,” katanya.

Baca artikel berkaitan: Ahmad Faizal yakin kemampuan Azizulhasni lakar kejayaan tahun ini

Sementara itu kemudahan baharu turut melibatkan tiada had kapasiti kehadiran penonton ke venue sukan dan rekreasi, tertakluk kepada penjarakan fizikal yang munasabah mengikut ruang tempat duduk.

Ahmad Faizal berkata pembukaan sektor sukan dan rekreasi ini bagaimanapun terhad bagi individu yang telah melengkapkan vaksinasi serta individu yang sekurang-kurangnya telah melengkapkan vaksinasi dos primer.

“Bagaimanapun bagi pengembara daripada luar negara yang akan memasuki Malaysia, mereka perlu mengikut SOP ditetapkan iaitu hanya pengembara yang telah menerima vaksinasi lengkap dibenarkan menikmati kemudahan di bawah sektor sukan dan rekreasi.

“Orang ramai juga boleh merujuk kepada garis panduan #ReopeningSafely berkaitan aktiviti dan fasiliti sukan, rekreasi dan riadah bagi tujuan mengenal pasti dan penilaian risiko,” katanya.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

PETRA peruntuk RM6.3 juta tangani banjir kilat George Town

LEBIH 39,550 penduduk di sekitar George Town dijangka mendapat manfaat daripada Projek Menaiktaraf Pam dan Kolam Takungan Banjir S18...

More Articles Like This