Penumpang cerita pesawat ke Tawau ‘menjunam’, MAS sahkan MH2664 berpatah balik kerana ‘isu teknikal’

Dari Penulis

SEORANG penumpang wanita menceritakan pengalamannya menghadapi detik-detik cemas ketika pesawat Malaysia Airlines (MAS) yang dinaiki dari Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) ke Tawau semalam tiba-tiba ‘menjunam’ hanya dalam beberapa saat.

Menurut Halimah Nasoha yang berkongsi pengalamannya dalam Facebook, dia menaiki pesawat MH2664 tersebut pada pukul 2.30 minit petang dan kejadian itu berlaku selepas 30 minit pesawat berlepas dari KLIA.

Halimah berkata, ketika kejadian dia yang tidak memakai tali pinggang keledar kerana isyarat penggunaan alat keselamatan itu telah dipadamkan berasa seperti terlambung-lambung kerana pesawat secara tiba-tiba ‘terjatuh’ dalam hanya beberapa saat.

“Aku terlambung-lambung sebab tidak pakai ‘seatbelt’ ketika itu”. Dalam 10 minit, ‘flight’ dalam keadaan tidak stabil dan lepas dia naik balik, dia jatuh lagi tetapi tidak teruk macam kali pertama. Penumpang lain juga menjerit dan ada juga menangis semua”

“ Ye lah memang dah rasa akan mati dah” katanya memetik laporan Sabahmedia.com.

Beliau yang berkongsi catatan Flight Radar menunjukkan pesawat Boeing 737-8H6 itu telah mengalami penurunan mendadak dari ketinggian kira-kira 31,000 kaki kepada 24,000 kaki.

MAKLUMAT di Flight Radar menunjukkan pesawat MH2664 berpatah balik semalam.

Halimah berkata, pesawat itu kemudian membuat pusingan U dan berlegar di ruang udara Melaka beberapa kali sebelum berpatah balik ke KLIA di mana beliau menukar penerbangan.

Bagaimanapun, Halimah yang dihubungi portal berkenaan memuji kecekapan juruterbang yang mengendali pesawat dan krew pesawat berkenaan yang berjaya mengendalikan tempoh cemas itu dengan baik dan berjaya mendaratkan semula pesawat tanpa kejadiaan yang tidak diingini.

“ Tidak semua orang akan mengalami pengalaman langsung seperti ini dan masih hidup untuk berkongsikan cerita ini, dan saya bersyukur kepada allah katanya lagi,” katanya selepas pesawat kembali ke KLIA, semua penumpang telah dibawa ke Tawau dengan penerbangan lain.

Sementara, Malaysia Airlines mengesahkan bahawa penerbangan MH2664 ke Tawau semalam berpatah balik ke KLIA selepas ia menghadapi “isu teknikal”.

Syarikat penerbangan nasional itu berkata, sebagai langkah berjaga-jaga, juruterbang membuat keputusan untuk pulang ke Kuala Lumpur demi keselamatan penumpang.

“Penerbangan Malaysia Airlines MH2664 dari Kuala Lumpur ke Tawau pada 3 April 2022 telah melakukan penerbangan pusing balik disebabkan oleh masalah teknikal pada pesawat tersebut, ditambah dengan cuaca buruk semasa dalam perjalanan,” katanya dalam kenyataan.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Tentera Malaysia, Indonesia perkukuh kerjasama hadapi ancaman baharu

SERAMAI 719 anggota keselamatan dan agensi berkaitan dari Malaysia serta Indonesia menyertai Latihan Gabungan Bersama Malaysia-Indonesia Darat Samudera Angkasa...

More Articles Like This