Sedapnya serunding daging berempah ni. Sesuai dimakan dengan nasi impit atau roti, resipinya sangat mudah dan semestinya lazat. Jom cuba!

BAHAN A
1 kg daging | rebus dan carik halus
200 ml santan
2 sudu besar gula melaka
6 sudu besar cili kisar
Sedikit serbuk kunyit
Garam secukup rasa

BAHAN B
1 labu bawang besar | kisar
5 ulas bawang merah | kisar
4 ulas bawang putih | kisar
3 inci halia | kisar
40 gm biji ketumbar | sangai
10 gm jintan manis | sangai
4 batang serai

CARA MENYEDIAKAN
1.Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan B hingga naik bau.
2.Masukkan cili kisar serta serbuk kunyit. Tumis lagi hingga pecah minyak.
3.Masukkan santan, daging dan bahan-bahan selebihnya.
4.Kacau sentiasa hingga kering dengan api perlahan.

Resipi: Siti Nuraisyah Shamsul


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitter, TikTokInstagram & Telegram