Covid: 11,994 kes baharu semalam -KP Kesihatan

Dari Penulis

JUMLAH kes baharu COVID-19  kekal di bawah paras 15,000 selama enam hari berturut-turut dengan 11,994 kes dilaporkan semalam, menurut Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. 

Ini menjadikan kumulatif kes positif COVID-19 sebanyak 4,292,585 kes manakala kes sembuh COVID-19 yang direkodkan semalam adalah 16,603 kes, menjadikan kumulatif kes pulih kini 4,099,786.

“Daripada kes baharu yang dicatatkan semalam, 541 kes dimasukkan ke hospital dengan 217 kes atau 40.1 peratus adalah kategori tiga, empat dan lima, manakala 324 kes atau 59.9 peratus adalah kategori satu dan dua,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengenai penggunaan fasiliti kesihatan khusus bagi kes COVID-19, Dr Noor Hisham berkata, hanya Selangor mencatat peratusan pengisian melebihi 50 peratus bagi penggunaan katil Unit Rawatan Rapi (ICU) setakat semalam, iaitu 53 peratus.

Bagi pengisian katil di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC), tiada negeri yang mencatat peratusan pengisian melebihi 50 peratus.

Dr Noor Hisham berkata, pesakit COVID-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan mencatatkan penurunan kepada 108 pesakit dengan peratusan penggunaan ventilator adalah 12 peratus.

Kadar kebolehjangkitan COVID-19 atau nilai Rt dicatatkan di seluruh negara juga menurun dari 0.86 dilaporkan pada Khamis kepada 0.83, dengan Selangor merekodkan kadar tertinggi iaitu 0.96 dan Kelantan mencatat kadar paling rendah dengan 0.65.

— BERNAMA


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Landskap politik berubah jika Onn Hafiz bawa BN menang PRN Johor – Hassan Karim

LANDSKAP politik negara disifatkan bakal berubah sekiranya Datuk Onn Hafiz Ghazi berjaya membawa Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya...

More Articles Like This