Tarekat Naqsyabandiyah al-Aliyyah Syeikh Nazim al-Haqqani dibenar, tapi tertakluk negeri – MKI

Dari Penulis

TAREKAT Naqsyabandiyah al-Aliyyah Syeikh Nazim al-Haqqani dibenarkan diamalkan di Malaysia.

Ini seperti yang diputuskan Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam (MKI) kali ke-117 pada tahun 2020.

Pengerusi Jawatankuasa Fatwa MKI, Datuk Wan Zahidi Wan Teh berkata, tarekat tersebut dibenar diamalkan oleh pengikutnya selagi tidak bertentangan dengan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah dan syariah serta uruf setempat selepas kajian semula dibuat.

“Oleh itu, keputusan terdahulu pada tahun 2000 berkaitan Tarekat Naqsyabandiah al-Aliyyah ini tidak lagi terpakai.

Baca: Ajaran sesat di Perak berasal dari negeri jiran

“Walau bagaimanapun, dalam melaksanakan keputusan ini, ia tertakluk kepada pihak berkuasa agama di setiap negeri,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa MKI kali ke-48 pada 3 April 2000 memutuskan Tarekat Naqsyabandiah al-Aliyyah Syeikh Nazim al-Haqqani bertentangan dengan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah dan menyeleweng dari ajaran Islam.

Baru-baru ini, isu mengenai tarekat tersebut kembali diperkatakan apabila dibangkitkan beberapa pendakwah dari kelompok tertentu.

Mereka mempersoalkan bagaimana ada negeri membenarkan amalan tarekat tersebut sedangkan sudah ada ketetapan di peringkat kebangsaan sebelum ini.

Sehubungan itu, kenyataan terbaru MKI berhubung status tarekat berkenaan dilihat mampu memberi pencerahan dalam isu ini.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Anggota MALBATT 850-13 bertugas di Selatan Lubnan selamat – ATM

ANGKATAN Tentera Malaysia (ATM) mengesahkan bahawa seluruh anggota MALBATT 850-13 yang sedang bertugas di Selatan Lubnan berada dalam keadaan...

More Articles Like This