Wanita ‘smackdown’ lelaki selepas curi telefon miliknya

Dari Penulis

VIRAL di media sosial beberapa klip video menunjukkan seorang wanita membelasah seorang lelaki selepas mencuri telefon miliknya dalam satu kejadian di Kalimantan Selatan.

Wanita itu dilihat mengamuk dan “smackdown” lelaki berkenaan di hadapan sebuah kedai selepas menyedari telefon miliknya hilang.

Dalam video kelihatan seorang wanita berbaju biru bertubi-tubi membelasah lelaki tersebut sambil disulam dengan maki hamun.

Baca artikel berkaitan: Suspek kes rogol 12 tahun lalu ditahan kerana padanan dua DNA

Dia tidak henti-henti memukul lelaki berkenaan sehingga tersungkur ke tanah dan terus menendang tanpa belas kasihan.

Memetik laporan Detik.com, pihak polis yang dihubungi mengatakan video tersebut dirakam pada awal pagi semalam di sebuah kedai di Desa Simpang Tiga, daerah Mataraman, bandar Banjar.

Kejadian dikatakan berlaku kira-kira pukul 1 pagi dan kes kini disiasat oleh Polis Mataraman.

“Lelaki yang dipukul itu adalah pencuri telefon milik mangsa,” kata pihak polis.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Tambang percuma LRT3, bas pengantara sebulan mulai esok – Anwar

ORANG ramai boleh menikmati perkhidmatan percuma Laluan Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) Laluan Shah Alam selama sebulan bermula esok...

More Articles Like This