270,282 kanak-kanak di Malaysia lengkap vaksinasi Covid-19

Dari Penulis

JUMLAH kanak-kanak berumurĀ antara lima hingga 11 tahun yangĀ telah melengkapkan vaksinasi mereka diĀ bawah Program Imunisasi Kanak-Kanak COVID-19 Kebangsaan (PICKids)Ā meningkat kepadaĀ 270,282 individu atau 7.6 peratus setakat semalam berbandingĀ 229,615 individu atau 6.5 peratusĀ pada Rabu.

Berdasarkan laman web COVIDNOW, setakat semalam juga seramai 1,380,661 kanak-kanak dalam kumpulan sama atau 38.9 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi remaja berumur 12 hingga 17 tahun, seramai 2,867,600 individu atau 92.2 peratus telah lengkap divaksin manakala 2,969,812 atau 95.5 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sementara itu, seramai 15,959,507 individu dewasa atau 67.8 peratus telah menerima dos penggalakĀ manakala 22,959,889 atau 97.6 peratus telah melengkapkan kedua-dua dos vaksin dan 23,236,544 atau 98.8 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Baca artikel berkaitan: 1,374,520 kanak-kanak terima satu dos vaksin Covid-19

Sebanyak 58,078 dos vaksin COVID-19 harian diberikan semalam melibatkan 8,554 dos pertama, 41,430 dos kedua dan 8,094 dos penggalak, menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) sebanyak 69,431,570.

Sementara itu, menurut portal GitHub Kementerian Kesihatan, 18 kematian akibat COVID-19 dilaporkan semalam dengan Johor, Kedah dan Perak masing-masing mencatat tiga kes diikuti Negeri Sembilan dan Pahang, masing-masing dua kes.

Selain itu, satu kes kematian turut direkodkan di Sabah, Sarawak, Selangor, Terengganu dan Putrajaya.

— BERNAMA


Jadikan UtusanTV ā€˜shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: LayariĀ utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ā€˜Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami diĀ TikTok,Ā Facebook,Ā Twitter,Ā InstagramĀ &Ā Telegram

Berkaitan

Tambang percuma LRT3, bas pengantara sebulan mulai esok – Anwar

ORANG ramai boleh menikmati perkhidmatan percuma Laluan Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) Laluan Shah Alam selama sebulan bermula esok...

More Articles Like This