PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan selamat menyambut Tahun Baharu Tamil (Chithirai Puthandu) dan Vaisakhi kepada masyarakat Tamil serta Sikh yang menyambutnya hari ini.
Perdana Menteri dalam kenyataan menerusi Facebook berkata, beliau percaya tahun baharu yang disambut itu atas dasar Keluarga Malaysia yang mengeratkan hubungan antara etnik di negara ini.
Ujarnya, persefahaman yang lebih erat dan keharmonian beragama harus dikekalkan dalam kalangan Keluarga Malaysia.
“Apa yang paling penting adalah tentang menghormati antara satu sama lain yang menjadi tunjang kepada konsep Keluarga Malaysia.
“Semoga masyarakat Tamil dan Sikh khasnya dan seluruh Keluarga Malaysia amnya terus berada dalam keadaan sihat sejahtera sepanjang masa.
“Hari ini juga merupakan masa untuk meraikan permulaan baru bagi meraih kemakmuran,” katanya.
Baca artikel berkaitan: Lawatan Perdana Menteri ke Dubai capai objektif, isu tiada sambutan tidak tepat – KLN

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

