Ekspo Dubai: Rangkul Anugerah Emas bukti komitmen terhadap kelestarian alam – PM

Dari Penulis

KEJAYAAN Pavilion Malaysia merangkul Anugerah Emas sempena Anugerah Pavilion Ekspo 2020 Dubai mencerminkan kejayaan negara menyampaikan komitmen terhadap kelestarian dengan mengekalkan biodiversiti di peringkat antarabangsa.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata anugerah itu juga merupakan testimoni antarabangsa terhadap pengisian program-program di Pavilion Malaysia seiring dengan tema, konsep dan reka bentuk Pavilion yang bertemakan kanopi hutan hujan (rainforest canopy).

Baca: Ekspo Dubai 2020: Malaysia catat nilai perdagangan, pelaburan RM70 bilion

Ekspo 2020 Dubai jana RM1.295 bilion peluang perdagangan, pelaburan ke Malaysia

“Ini termasuk mengguna pakai pelbagai konsep semula jadi seperti air terjun, taman-taman menegak dan elemen-elemen semula jadi yang lain.

“Tahniah Pavilion Malaysia. Pada 30 Mac lepas Pavilion Malaysia telah merangkul Anugerah Emas bagi Tafsiran Tema di bawah kategori Pavilion Kecil oleh Bureau International des Expositions (BIE),” kata Ismail Sabri menerusi catatan di laman Facebook rasmi beliau hari ini. 

Membawa tema ‘Energising Sustainability‘, Pavilion Malaysia menceritakan bagaimana kemajuan sosioekonomi boleh berlaku tanpa mengorbankan alam sekitar, dengan rakyat membina kemajuan ke arah masa depan yang lebih mampan.

— BERNAMA


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Hakim tak sihat, keputusan kes Syed Saddiq ditangguh 13 Julai

KEPUTUSAN rayuan akhir pendakwaan terhadap pembebasan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berhubung empat pertuduhan kes pecah...

More Articles Like This