Keganasan rumah tangga, penyanyi lelaki ditahan polis

Dari Penulis

SEORANG penyanyi lelaki ditahan polis kerana dikatakan memukul dan menyebabkan kecederaan terhadap bekas isterinya selepas berlaku perselisihan faham di Kota Damansara, semalam. 

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Mohd Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata suspek berusia 45 tahun itu ditahan di kediamannya hari ini susulan laporan yang dibuat oleh bekas isterinya yang berumur 27 tahun. 

“Ketika kejadian kira-kira 2.30 petang, mangsa berada di kawasan parkir kediaman lelaki itu di Kota Damansara untuk mengambil anak lelaki daripada bekas suami sebelum berlaku perselisihan faham kerana wanita itu enggan bergambar bersama suspek.

“Suspek telah memarahi dan memukul badan pengadu sehingga menyebabkan wanita itu lebam dan sakit pada anggota badannya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baca: Ada 17 pasu pokok ganja dalam rumah penyanyi – Polis

Katanya hasil ujian air kencing suspek adalah negatif dan permohonan reman terhadapnya akan dibuat di mahkamah esok bagi membantu siasatan kes di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18 (A) Akta Keganasan Rumahtangga 2017.

Insiden tersebut tular di media sosial.

— BERNAMA 


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Letupan bom Tak Bai: Dua rakyat Malaysia dipindahkan ke hospital di Kelantan

DUA rakyat Malaysia yang cedera dalam kejadian letupan bom di daerah Tak Bai, wilayah Narathiwat, selatan Thailand, semalam telah...

More Articles Like This