Polis cari lelaki siku pembonceng motosikal wanita dekat Klang

Dari Penulis

POLIS kini mengesan seorang lelaki yang menyiku pembonceng motosilal wanita beberapa kali dalam satu kejadian di Jambatan Teluk Gadong dekat Jalan Sungai Bertih di Klang, pada Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong (gambar kecil) berkata, pihaknya menerima aduan daripada pegawai Bahagian Siasatan Jenayah berkaitan kejadian tersebut kira-kira pukul 9.15 malam tadi.

“Pengadu terlihat sebuah video daripada rakaman kamera papan pemuka sebuah kereta yang memaparkan seorang penunggang motosikal telah menyiku pembonceng pada bahagian kepala dengan menggunakan tangan kiri sebanyak dua kali,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baca artikel berkaitan: Dakwaan pekerja OKU Secret Recipe Bukit Jelutong dipukul palsu, kata polis

Beliau berkata, pihaknya sedang menyiasat identiti penunggang dan pembonceng motosikal terbabit.

Katanya, polis telah membuka kertas siasatan dibawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu kesalahan tidak wajar kemudahan perkhidmatan rangkaian.

Sehubungan itu, individu yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian terbabit boleh tampil ke mana-mana balai polis berhampiran atau menghubungi di talian 03-33762222.

Hoong Fong turut menasihatkan orang ramai sentiasa berhati-hati semasa memandu atau menunggang kenderaan agar tidak membahayakan diri sendiri dan orang lain.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Harga diesel bersubsidi turun kepada RM2.10 seliter mulai Julai

BERITA baik buat orang ramai apabila Kerajaan MADANI bersetuju menurunkan harga diesel bersubsidi untuk rakyat kepada RM2.10 seliter mulai...

More Articles Like This