Lapan beradik hilang ibu bapa akibat COVID-19 teruja jumpa PM

Dari Penulis

LAPAN beradik yang menjadi yatim piatu selepas kehilangan ibu bapa mereka akibat COVID-19 cukup teruja dapat berjumpa dan berbuka puasa bersama Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di kediaman rasmi perdana menteri Putrajaya malam tadi.

Mereka yang merupakan anak angkat Ismail Sabri adalah jemputan istimewa untuk bersama berbuka puasa di Seri Perdana, sempena Majlis Berbuka Puasa Perdana Menteri bersama kepimpinan Pemuda dan Puteri UMNO bahagian yang berlangsung di kediaman rasmi itu.

Ketua keluarga lapan beradik itu Benyajeed Bernie meninggal dunia pada 16 Julai 2021 akibat COVID-19, manakala isterinya Noraini Ibrahim meninggal dunia dua hari kemudian.

Pada 22 Julai 2021, Ismail Sabri yang merupakan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan ketika itu menyantuni lapan beradik berumur lingkungan empat hingga 19 tahun berkenaan di Rawang, dan berkata Kementerian Pertahanan bersetuju untuk mengambil mereka sebagai anak angkat kepada Boustead Holdings Bhd, anak syarikat di bawah kementerian itu.

Baca: PM lancar Yayasan Keluarga Malaysia

Kehilangan ibu bapa akibat COVID-19, nasib 5 beradik dapat perhatian PM

Anak sulung pasangan berkenaan Nazurah Nabilah Benyajeed, yang kini 20 tahun ketika ditemui pada majlis berkenaan meluahkan rasa terharu atas keprihatinan kerajaan khususnya Ismail Sabri terhadap kebajikan keluarganya, yang disifatkannya bagaikan ‘sudah jatuh ditimpa tangga’.

“Ketika kehilangan ibu bapa, memang rasa ‘kabur’ tak tahu nak buat apa.

“Tapi syukur Alhamdulilah banyak agensi mengambil berat mengenai situasi kami dan amat terhutang budi atas segala bantuan yang dihulurkan setakat ini,” kata pelajar jurusan Diploma Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik di Politeknik Sultan Azlan Shah, Behrang, Perak.

Pada majlis berkenaan, Ismail Sabri turut beramah mesra dengan kesemua anak angkatnya dan menyampaikan sumbangan Hari Raya kepada mereka.

— BERNAMA


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

LRT Shah Alam buka lembaran baharu mobiliti rakyat – Loke

PEMBUKAAN rasmi Laluan LRT Shah Alam hari ini menjadi satu lagi pencapaian penting dalam usaha kerajaan memperkukuh sistem pengangkutan...

More Articles Like This