Jenazah Ali Hamsa tiba di KLIA pagi Isnin, dikebumi di Putrajaya

Dari Penulis

PENGHORMATAN terakhir bagi bekas Ketua Setiausaha Negara (KSN) Allahyarham Tan Sri Dr Ali Hamsa, yang meninggal dunia pada Khamis lepasĀ akan diadakan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya pada Isnin ini.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Jabatan Perdana Menteri (JPM) hari ini, penghormatan terakhir bagi Allahyarham di Dewan Sheikh Daud Al-Fathoni, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin adalah dari 8 pagi hingga 9.45 pagi.

“Pelawat-pelawat yang ingin memberikan penghormatan terakhir dinasihatkan untuk tiba di dewan mulai pukul 8 pagi hingga 9.45 pagi sebelum jenazah dibawaĀ ke Tanah Perkuburan Islam Presint 20, Putrajaya kira-kira pukul 10.15 pagi,” menurutĀ kenyataan tersebut.

Baca: Bekas KSN, Tan Sri Dr Ali meninggal dunia

Dr Ali tokoh pentadbir perkhidmatan awam disegani, dihormati – PM

Ali, 66, yang berkhidmat sebagai KSN ke-13 selama enam tahun dari 2012, meninggal dunia di Hospital Dublin, Ireland pada Khamis.

Menurut kenyataan JPM itu, jenazah dijadualkan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada pukul 3 pagi Isnin, sebelum dibawa ke Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin.

— BERNAMA


Jadikan UtusanTV ā€˜shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: LayariĀ utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ā€˜Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami diĀ TikTok,Ā Facebook,Ā Twitter,Ā InstagramĀ &Ā Telegram

Berkaitan

Pemuda 23 tahun jatuh 9 meter ketika baiki silo di Ipoh

SEORANG pekerja kilang berdepan detik cemas apabila terjatuh dari ketinggian kira-kira sembilan meter ketika menjalankan kerja pembaikan di sebuah...

More Articles Like This