PM lancar Yayasan Keluarga Malaysia

Dari Penulis

DATUK Seri Ismail Sabri Yaakob melancarkan Yayasan Keluarga Malaysia sebagai institusi yang akan membantu anak-anak Keluarga Malaysia dalam memperoleh sokongan terutamanya daripada aspek pendidikan sehingga mereka mencapai usia 18 tahun.

Mengumumkan perkara itu pada pelancaran Keluarga Malaysia di Kuching malam ini, Perdana Menteri berkata, Yayasan Keluarga Malaysia merupakan manifestasi kasih sayang seluruh Keluarga Malaysia, yang dizahirkan bersama untuk anak-anak yang terkesan pandemik.

Kata Ismail Sabri, Yayasan ini seterusnya akan melebar sayap perlindungannya kepada anak-anak Keluarga Malaysia lain yang turut memerlukan sokongan seumpamanya dan inilah maksud keterangkuman, kebersamaan dan kesyukuran dalam Keluarga Malaysia.

“Saya menyeru seluruh Keluarga Malaysia, bersama membantu generasi ini.

“Harapan saya, dengan adanya Yayasan Keluarga Malaysia, tidak ada lagi anak Keluarga Malaysia yang terpaksa melalui penderitaan bersendirian,” katanya dalam amanat beliau pada majlis tersebut.

Yang hadir sama Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob melawat sekitar pameran ketika hadir Melancarkan Keluarga Malaysia di Kuching, hari ini. GAMBAR: Jabatan Penerangan

Terdahulu, dalam usaha memeta perjalanan pemulihan, melalui pelbagai program dan inisiatif, Ismail Sabri berkongsi kisah 13 anak yatim daripada dua buah keluarga yang kehilangan tempat begantung akibat pandemik untuk diinsafi bersama

“Adik Nazurah Nabilah binti Benyajeed, berusia 19 tahun yang terpaksa menjaga tujuh adiknya, manakala adik Hadrami Hasil menjadi kepala keluarga pada usia 11 tahun, untuk meneruskan kelangsungan hidup bersama empat adiknya. Ironinya, adik bongsu Hadrami baru berusia 3 tahun.

Baca artikel berkaitan: Kehilangan ibu bapa akibat COVID-19, nasib 5 beradik dapat perhatian PM

TPM santuni lapan beradik yatim piatu kehilangan ibu bapa akibat COVID-19

Sebahagian daripada persembahan kebudayaan Malaysia ketika pelancaran Keluarga Malaysia di Kuching, hari ini. GAMBAR: Jabatan Penerangan

“Anak-anak ini adalah antara 5,173 anak Keluarga Malaysia yang menjadi yatim dan yatim piatu, kerana wabak COVID-19. Bayangkan, betapa besarnya tanggungjawab yang digalas mereka. Yang hilang bukan sahaja ibu bapa, bahkan waktuwaktu bahagia, membesar sebagai kanak-kanak biasa.

“Maka, dengan rasa rendah diri, saya ingin menyeru seluruh Keluarga Malaysia, untuk berkongsi kasih sayang dengan anak-anak ini, agar mereka dapat menikmati kehidupan seperti rakanrakan seusia mereka,” jelasnya.

Dalam ucapannya itu, Ismail Sabri melahirkan harapan agar seluruh Keluarga Malaysia kekal bersama dengan mengetepikan perbezaan dan meraikan kebersamaan sebagai sebuah keluarga besar Malaysia.

“Akhir kata, saya sekali lagi merakamkan ucapan terima kasih dan tahniah kepada YAB Ketua Menteri Sarawak,
Kerajaan Negeri Sarawak dan Jawatankuasa Majlis atas kejayaan menganjurkan Majlis Pelancaran Keluarga Malaysia di Bandaraya Perpaduan ini,” ujarnya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Sindiket potong minyak masak peket tumpas, 59 tan dirampas – KPDN

KEMENTERIAN Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menumpaskan satu rangkaian sindiket penyelewengan minyak masak peket bersubsidi yang...

More Articles Like This