ASRAMA Sekolah Agama Menengah Tinggi Sultan Hishamuddin dekat Jalan Sungai Bertik, Klang musnah 70 peratus dalam satu kebakaran sebentar tadi.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Selangor, Norazam Khamis berkata, kejadian kebakaran itu berlaku ketika semua pelajar tidak berada di dalam asrama.
Katanya, kesemua 43 orang pelajar ketika kejadian bersolat terawih.
“Asrama yang menempatkan 43 pelajar itu tidak melibatkan sebarang mangsa oleh kerana semua sedang melakukan solat terawih,” ujarnya.
Tambahnya, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 9.40 malam.
Katanya, sepasukan 29 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Raja, Klang, Kapar, Kota Anggerik, Shah Alam dan Subang telah dikerahkan ke lokasi kejadian.
“Asrama lelaki di tingkat tiga itu mengalami kebakaran hampir 70 peratus,” katanya dalam satu kenyataan tadi.
Baca artikel berkaitan: Video tahun 2021 tular, 2 lelaki ‘wheelie’ dicekup polis
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

