Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan kerajaan bersetuju untuk memberikan tol percuma dan diskaun tol kepada Keluarga Malaysia yang pulang berhari raya.

Menurut Perdana Menteri, pemberian tol percuma dan diskaun itu secara keseluruhan melibatkan 30 lebuh raya di seluruh negara.

Jelas beliau, jumlah tol percuma dan diskaun yang akan dinikmati oleh pengguna adalah sebanyak RM77.11 juta yang mana manfaat itu ditanggung kerajaan dan syarikat-syarikat konsesi.

“Pemberian tol percuma melibatkan lebuh raya milik Kumpulan PLUS Malaysia Berhad (PLUS) yang menghubungkan jaringan lebuh raya utara – selatan dan Anih Berhad (ANIH) yang menghubungkan lebuh raya pantai timur (LPT).

“Ia akan bermula pada jam 12 tengah malam pada 30 April 2022 (Sabtu) sehingga jam 11:59 malam pada 1 Mei 2022 (Ahad) kepada semua kelas kenderaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baca artikel berkaitan: Perdana Menteri santuni golongan asnaf di Bera

Mengulas lanjut, Perdana Menteri berkata, pemberian tol percuma di Lebuh Raya Utara – Selatan dan LPT juga berbeza jika dibandingkan dengan tahun-tahun sebelum ini.

Jelas beliau, tol percuma itu turut diberikan untuk pulang semula ke kediaman masing-masing bermula jam 12 tengah malam pada 7 Mei 2022 (Sabtu) hingga jam 11:59 malam pada 8 Mei 2022 (Ahad) kepada semua kelas kenderaan.

Sementara itu, menurut Perdana Menteri, tawaran diskaun tol antara 30 peratus dan 50 peratus akan diberikan kepada lebuh raya-lebuh raya lain pada tarikh dan masa yang
sama kepada semua kelas kenderaan.

“Diharapkan dengan pemberian tol percuma dan diskaun tol sempena perayaan Aidilfitri tahun ini akan memeriahkan lagi sambutan Aidilfitri bersama-sama orang tersayang.

“Keputusan ini juga mengambil kira impak pandemik kepada sumber pendapatan sebahagian besar Keluarga Malaysia sebelum ini dan bagi mengurangkan bebanan pengguna lebuh raya terutamanya golongan berpendapatan rendah.

“Pada masa yang sama, saya berharap kita sebagai Keluarga Malaysia dapat bertoleransi dan sentiasa bersabar dengan kehadiran jutaan kenderaan di lebuh raya sepanjang musim perayaan yang bakal tiba ini,” katanya.

Senarai lebuh raya yang menawarkan pemberian tol percuma dan diskaun tol

Tol Percuma

Lebuhraya Utara Selatan (Plus)

Lebuhraya Utara Selatan Hubungan Tengah
(ELITE)

Lebuhraya Seremban – Port Dickson (SPDH)

Lebuhraya Butterworth – Kulim (BKE)

Laluan Kedua Malaysia Singapura (LINKEDUA)

Jambatan Pulau Pinang (JPP)

Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 1

Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 2

Lebuhraya KL – Karak (KLK)

Diskaun 50 peratus

Lebuhraya Shah Alam (KESAS)

Lebuhraya Damansara – Puchong (LDP)

Lebuhraya Cheras – Kajang (GRANDSAGA)

Lebuhraya Sungai Besi (BESRAYA)

Lebuhraya Baru Pantai (NPE)

Lebuhraya Bertingkat Ampang – KL (AKLEH)

Lebuhraya KL-Putrajaya (MEX)

Lebuhraya Duta – Ulu Kelang (DUKE)

Diskaun 30 peratus

Projek Pengurusan Air Banjir Dan Terowong
(SMART)

Lebuhraya Koridor Guthrie (GUTHRIE)

Lebuhraya KL- Kuala Selangor (LATAR)

Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (LLB)

Lebuhraya Kemuning – Shah Alam ( LKSA )

Lebuhraya Lingkaran Kajang (SILK)

Jambatan Sultan Abdul Halim Muad’zam Shah
(JPP2)

Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE)

Lebuhraya Skim Penyuraian Trafik KL- Barat
(SPRINT)

Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS)

Lebuhraya Pintas Selat Klang Utara Baru (GRAND
SEPADU)

Lebuhraya Senai – Desaru (SDE)

Lebuhraya Persisiran Pantai Barat (WCE)

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram