Sebahagian daripada individu yang ditahan polis dalam Op Dadu di Skudai.

SERAMAI 33 individu termasuk seorang wanita leka berjudi ditahan dalam satu serbuan Op Dadu di Taman Ungku Tun Aminah dekat Skudai, Johor Bahru, pukul 3.15 petang semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor, Senior Asisten Komisioner Shahurinain Jais berkata, sepasukan polis dari Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) bersama polis Johor Bahru Utara berjaya menahan kesemua individu berusia 36 hingga 76 tahun itu.

“Sebanyak 37 buah telefon bimbit, enam kertas catit taruh, 19 keping akhbar tulisan cina mengandungi jadual perlumbaan kuda dan wang tunai bernilai RM29,981 telah dirampas,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Baca artikel berkaitan: Pusat hiburan diserbu, 166 individu dikompaun RM1,000 seorang

Katanya, kesemua yang ditangkap akan di siasat di bawah Seksyen 6(1) dan 6(3) Akta Pertaruhan 1953.

Shahurinain berkata, polis akan sentiasa melakukan pemantauan dan pemeriksaan ke atas premis yang disyaki menjalankan kegiatan perjudian bagi membanteras kegiatan daripada berleluasa.

Sebarang maklumat berkaitan perjudian boleh disalurkan kepada Bilik Gerakan Kontinjen Johor di talian 07-2254074.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram