Menteri Hal Ehwal Agama nak jumpa Aliff Syukri, bincang isu MV Kelepok Raya undang persepsi buruk

Dari Penulis

MENTERI di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad, melahirkan hasrat untuk bertemu dengan usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman susulan video muzk (MV) Kelepok Raya mengundang kontroversi ramai pihak.

Menerusi kemaskini status di Facebook, Idris memaklumkan ingin bertentang mata dengan ahli perniagaan yang juga penyanyi itu bagi membincangkan isu terbabit.

“Jika ada peluang, mungkin saya boleh bertemu mata bersama dengan empunya video ini sebagai tanda ingatan dan ukhawan sesama Islam.

“Dan mungkin banyak perkara yang boleh dikongsikan dalam pertemuan ini. Insya-Allah,” katanya.

Sementara itu, Idris terpanggil dan rasa bertanggungjawab unutk mengulas kontroversi terbabit diketika umat Islam sedang berada pada 10 malam terakhir Ramadan.

Malah, Idris urut menegur tarian penari di dalam MV tersebut yang jauh bertentangan dengan adab ketimuran serta ajaran Islam.

“Nasihat saya dengan penuh kasih sayang dan cintanya saya kepada insan-insan hebat yang mampu membangunkan ummah agar klip video seumpama ini boleh dikeluarkan daripada disiarkan di mana-mana platform media.

“Atau ia boleh di privasi hanya untuk tatapan peribadi pemilik video. Saya yakin ia mampu memberi jiwa yang besar dan hati lebih lapang jika kita patuh pada ajaran dan nilai agama.

“Pastinya ia kurang sesuai untuk dikaitkan dengan kemenangan umat Islam pada bulan Syawal selepas kita menempuh ujian dan tarbiyah di bulan Ramadan,” ujarnya lagi.

Terdahulu, MV Kelepok Raya yang turut menampilkan isteri Aliff iaitu Datin Seri Shahida menerima respons negatif kerana didakwa sengaja mempromosikan LGBT.

MV tersebut kurang sesuai di siarkan untuk tontonan awam memandangkan ia memberi kesan buruk kepada generasi muda khususnya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Pas hentikan kerjasama politik dengan Bersatu – Hadi Awang

MESYUARAT Khas Jawatankuasa Kerja Pas Pusat menetapkan parti itu menghentikan kerjasama politik dengan Bersatu. Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi...

More Articles Like This