Isu MV kontroversi, Aliff Syukri mohon maaf, mohon jangan kaitkan dengan keluarga

Dari Penulis

USAHAWAN kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman selesai memberi keterangan selama lima jam hari ini di ibu pejabat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) berhubung klip video muzik Kelepok Raya nyanyiannya yang mencetuskan kontroversi.

Aliff hadir ke SKMM dengan memakai kot kelabu serta berseluar hitam tiba pada pukul 9.58 pagi dan keluar pada pukul 2.41 petang.

Ketika ditemui wartawan, Aliff memohon kemaafan daripada masyarakat yang tersinggung dengan video berkenaan dan meminta supaya tidak melibatkan keluarganya dalam isu terbabit.

“Alhamdulillah semuanya berjalan lancar, terima kasih kepada SKMM kerana memberi layanan yang baik.

“Saya mohon maaf kepada semua masyarakat yang tersinggung dengan lagu dan video saya. Saya mohon jangan libatkan keluarga dan mak saya,” katanya memetik laporan Bernama.

Klip video raya berkenaan memaparkan sekumpulan penari lelaki bersolek dan berperwatakan lembut, telah mencetuskan pelbagai reaksi kerana dikatakan kurang sesuai untuk tontonan umum lebih-lebih ketika di bulan suci Ramadan.

Semalam, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Anuar Musa dilaporkan berkata, SKMM telah memberi notis kepada individu yang dikenal pasti dalam video berkenaan untuk hadir ke ibu pejabat suruhanjaya itu.

Menurut Anuar, penelitian peringkat awalan SKMM mendapati ada sebab untuk siasatan dilaksanakan dan susulan itu, satu kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Akses portal 2 Ahli Parlimen PKR disekat kerana pilih gerakan menentang kerajaan

PKR menegaskan tindakan menyekat akses portal MyKhas untuk dua Ahli Parlimennya adalah kerana mereka memilih untuk bersama dengan gerakan...

More Articles Like This