Dua lemas, enam selamat pondok jeti runtuh di Semporna

Dari Penulis

DUA remaja lelaki maut dipercayai terjatuh ke laut bersama enam remaja lain selepas pondok jeti di Kampung Gading-Gading dekat sini runtuh, semalam.

Ketua Polis Daerah Semporna, Supt Mohd Farhan Lee Abdullah berkata, mangsa warga asing berusia 14 dan 19 tahun ditemukan dalam keadaan terapung pada 4.30 petang.

“Anggota bertugas di Balai Polis Semporna menerima panggilan daripada anggota Pasukan Gerakan Am pada 4.17 petang mengenai kejadian lapan remaja terjatuh laut selepas pondok jeti di Kampung Gading-Gading tiba-tiba runtuh.

“Dalam kejadian itu, empat remaja lelaki serta dua perempuan berusia 11 hingga 19 tahun, yang kesemuanya juga warga asing berjaya diselamatkan anggota bertugas serta penduduk kampung, namun dua lagi hilang sebelum akhirnya ditemukan terapung, lemas,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. 

Mohd Farhan berkata, sebelum kejadian, kesemua lapan mangsa berada di pondok jeti untuk melepak, dan kertas siasatan dibuka di bawah laporan mati mengejut. 

Baca artikel berkaitan: Enam kematian akibat enam kemalangan dicatat di Johor

Beliau berkata, punca kejadian jeti kampung berkenaan runtuh masih dalam siasatan pihak polis. 

“Sebarang maklumat berkenaan kejadian itu boleh disalurkan kepada Pegawai Penyiasat Nikan Najin di talian 016-5632379,” katanya. 

Mohd Farhan turut menasihatkan agar semua jawatankuasa kampung menjalankan pemeriksaan ke atas jeti di kampung masing-masing untuk memastikan keselamatan pengguna. 

— BERNAMA


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Pemuda 23 tahun jatuh 9 meter ketika baiki silo di Ipoh

SEORANG pekerja kilang berdepan detik cemas apabila terjatuh dari ketinggian kira-kira sembilan meter ketika menjalankan kerja pembaikan di sebuah...

More Articles Like This