Seramai 10 lelaki dewasa ditahan polis susulan video tular perang mercun yang dilaporkan berkau di Senawang baru-baru ini./Gambar media sosial.

BUKAN budak-budak tetapi semuanya orang dewasa. Ini termasuk yang sudah berusia 40-an.

Dalam video yang tular, kelakuan mereka seperti macam tak pernah beraya – bermain mercun kononnya macam dalam perang.

Ini sudah tentu sesuatu yang membahayakan kerana malang tidak pernah berbau.

Mujur tidak berlaku kejadian tidak diingi kecuali detik memilukan buat ahli keluarga mereka.

Ini apabila pelaku dalam video ‘perang mercun’ yang dilaporkan di Senawang, Negeri Sembilan itu terpaksa ‘tidur balai’.

Bukan satu malam tetapi kesemua 10 individu berkenaan direman selama tiga hari untuk membantu siasatan.

Memang raya tahun ini lain macam buat mereka yang mana menurut laporan media, 10 lelaki ditahan awal pagi tadi berkaitan kejadian gaduh gempar menggunakan bunga api sesama sendiri di Taman Bandar Prima Senawang.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata, kesemua individu berusia 19 hingga 42 tahun.

Mereka ditahan pada 4.40 pagi di sekitar Seremban dan direman selama tiga hari sehingga Isnin.

Katanya, siasatan awal polis mendapati kejadian tersebut berlaku 2 Mei lalu pada sekitar waktu tengah malam.

Baca: Pengkalan Kubor lokasi tumpuan banteras seludup mercun, bunga api – Polis

Kes rasuah rokok dan mercun, empat kastam dijel dua tahun

“Turut dirampas sejumlah besar bunga api dan mercun dengan siasatan lanjut masih dijalankan.

“Satu kertas siasatan dibuka dan kes disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6 Akta Bahan Letupan 1957,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, tular satu video berdurasi 29 saat di Facebook yang memaparkan sekumpulan lelaki melakukan gaduh gempar menggunakan bunga api sesama sendiri.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram