Tak perlu bubar Parlimen, penggal berbaki sampai Julai 2023 – Pas

Dari Penulis

TIDAK ada keperluan mendesak ketika ini untuk membubarkan Parlimen bagi membolehkan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) diadakan memandangkan kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri bergerak dengan teratur mengikut Perlembagaan.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata ketika ini kerajaan yang ada perlu menyelesaikan beberapa tugas terutamanya melibatkan fasa pemulihan pasca COVID-19.

Beliau berkata secara umum tempoh penggal PRU-14 juga masih berbaki sehingga Julai 2023. 

“Pemulihan ini dari segi kesihatan, ekonomi, sosial dan sebagainya, jadi perlu diberi peluang kepada kerajaan yang sedang berjalan untuk menyelesaikan pasca pemulihan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Menteri Tenaga dan Sumber Asli di Kampung Sireh, Kota Bharu hari ini.

Baca: RUU Anti Lompat Parti perlu ada pengecualian, lindungi ahli Parlimen

Penyatuan ummah Pas, UMNO formula terbaik – Takiyuddin

Sementara itu, Takiyuddin yang juga Menteri Tenaga dan Sumber Asli berkata Pas sedang memperkuatkan parti tersebut menerusi tambahan cawangan dan ahli.

“Setiap bulan Pas pusat ada mesyuarat bulanan dan kita menerima sebanyak 2,000 ahli baharu dan cawangan baharu.

“Kita ada 197 kawasan di seluruh negara dan saya sudah mengarahkan supaya ditambah lagi,” katanya.

— BERNAMA


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Penduduk terjejas hakisan di Kampung Baru Kapit akan dipindahkan ke penempatan baharu

SERAMAI 43 ketua isi rumah yang terjejas akibat hakisan tanah di Kampung Baru, Kapit, bakal dipindahkan ke penempatan baharu...

More Articles Like This