PELAWAK dan pelakon, Ajak Shiro melahirkan rasa syukur selepsa anak sulungnya, Mohamad Jad Thaqif,12, kini sudah mampu menguruskan jenazah.
Berita gembira itu dikongsikan sendiri Ajak atau nama penuhnya Mohamad Hanaffi Razak,36, menerusi entri di akaun Instagram miliknya.
Menurut Ajak, anak lelakinya itu sudah menguruskan sembilan orang jenazah.
“Walaupun aku ada pengetahuan tetapi dia lebih pengalaman. Dia lagi banyak rekod berbanding aku.
“Semalam dengan hari ini sahaja sudah sembilan jenazah dia mandikan. Baba (Ajak) doakan Allah berikan pahala selayaknya untuk anak Baba ini.
“Jad rehat eh, muka nampak letih tu,” tulisnya.
Menerusi pemerhatian URTV di ruangan komen, ramai memuji kebaikan yang dilakukan Jad selain turut mendoakan agar remaja itu mendapat ganjaran pahala dunia dan akhirat.
Untuk rekod, Ajak mendirikan rumah tangga dengan Nur Afifah pada 6 Jun 2009. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Jad, Mohamad Had Thaqif,9, dan Nada Soffea yang kini berusia tujuh tahun.

