SUKAN terjun terus menceriakan kontinjen Malaysia di Sukan SEA Hanoi apabila menghadirkan emas ketiga negara menerusi Ooi Tze Liang sebentar tadi.
Tze Liang menampilkan persembahan terbaik menduduki tempat pertama bagi acara 1 meter papan anjal yang berlangsung di Pusat Akuatik My Dinh, Hanoi.
Kemenangan itu juga menjadikan emas ke-12 peribadi buat Tze Liang sepanjang penyertaannya di Sukan SEA sejak pertama kali mewakili negara di Sukan SEA Palembang 2011.
Atlet yang berjaya merangkul pingat emas bersama Chew Yi Wei dalam acara 3 meter papan anjal semalam itu jauh meninggalkan pencabar lain.
Tze Liang mencatatkan 377.70 mata daripada enam terjunan, mengatasi penerjun Singapura, Avvir Tham Pac Lun memperoleh 286.40 mata yang mendapat pingat perak.
Sementara itu, seorang lagi penerjun negara, Bertrand Rhodict yang menyertai kontinjen Malaysia pada saat akhir berjaya meraih pingat gangsa dengan 284.90 mata.
Atlet berusia 18 tahun yang pertama kali menyertai Sukan SEA itu pada asalnya menduduki tempat keempat namun kiraan rasmi penganjur membuatkan Bertrand memperoleh gangsa.
Penerjun Thailand, Chawanwat Juntaphadawon pula hanya berpuas hati di tempat keempat dengan 281.45 mata.

Baca artikel berkaitan: Sukan SEA: Malaysia raih emas kedua
Sukan terjun setakat ini telah berjaya menyapu bersih tiga emas daripada tiga acara yang dipertandingkan.
Terjun menawarkan lapan emas daripada lapan acara dipertandingkan.
Selain Tze Liang-Yi Wei yang memperoleh emas semalam, satu lagi kilauan emas negara telah disumbangkan Nur Dhabitah Sabri dalam acara 1 meter papan anjal semalam.
Pada Sukan SEA Hanoi, Malaysia meletakkan sasaran 36 emas dengan sukan terjun antara acara tumpuan kontinjen negara bagi mencapai sasaran tersebut.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

