Dapat Duit Raya RM1, Hanis Zalikha & Hairul Azreen Didik anak Agar Selalu Bersyukur

Dari Penulis

NETIZEN memuji cara pasangan artis terkenal tanah air Hanis Zalikha dan suami Hairul Azreen mendidik anak-anak bersyukur denga apa yang diperolehi.

Melalui kongsian yang dimuat naik dalam aplikasi TikTok oleh Hanis atau nama sebenarnya Hanis Zalikha Zainal Rashid, memperlihatkan gelagat anak-anaknya iaitu Yusuf Iskandar, 6 dan Alisa Aisyah, 3 membuka sampul duit raya.

Dalam video TikTok yang telah meraih satu juta tontonan itu, netizen memuji sikap anak kedua mereka iaitu Alisa yang teruja apabila membuka sampul yang terdapat wang RM1 di dalamnya.

Pada penghujung video, Hanis,32, sempat mengajar Yusuf berdoa kepada sesiapa sahaja yang telah menggembirakan anaknya itu agar selalu dilimpahi rezeki.

“Terima Kasih untuk segalanya.

“Ya Allah, Tolong tolong beri ganjaran kepada semua orang yang membuat saya gembira,” doa Yusuf dalam video TikTok itu.

Menjengah ke ruang komen, pelbagai rekasi yang dicoretkan oleh netizen tatkala melihat gelagat anak-anak artis tersebut dan mengucapkan rasa terharu dengan cara didikan mereka.

“Love how Hanis & Hairul raise them.

“Alaa comel je, excited Nampak RM1 banyak-banyak and also doa for everyone.

“Bila didikan yang betul pada anak-anak.. nilai tidak penting.

“Anak Hanis Zalikha pun excited dapat duit seringgit-seringgit, anak orang biasa-biasa mengeluh kalau dapat duit seringgit, manners 1st ,” ujar beberapa pengikut yang dipetik dari ruangan komen.

Untuk rekod, Hanis dan Hairul mendirikan rumah tangga pada 2015 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Yusuf Iskandar, 6 dan Alisa Aisyah, 3.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Demi masa depan, Kim K ketepikan ego, sanggup beratur panjang uji bakat Suria Records

SEMANGAT kental peserta program realiti Talk To My Manager musim kedua, Kim K dalam mengejar impian sebagai anak seni...

More Articles Like This