[VIDEO] Remy Ishak gigih belajar menari, rakan artis & peminat mula tak keruan!

Dari Penulis

APABILA sedang mengusahakan sesuatu yang baru, ia lebih seronok apabila ramai orang menyokong dan memuji kegigihan kita untuk belajar.

Itulah yang dialami oleh Remy Ishak yang kini kelihatan gigih untuk belajar menari melalui posting yang dimuat naik di Instagram miliknya, baru-baru ini.

Remy, atau nama sebenarnya Mohammad Zalimei bin Ishak, 40, memuat naik video di laman sosial tersebut mengenai dirinya yang sedang belajar menari di sebuah studio bersama beberapa individu.

Susulan posting tersebut, beberapa rakan artis meninggalkan komen yang positif dan memuji kegigihan Remy dalam mengusahakan sesuatu yang baru buat dirinya.

“Semoga berjaya! Saya pasti bahawa ia sebuah proses yang menyeronokkan”, tulis Diana Danielle.

“Wow! Saya sangat berbangga dengan awak”, komen Puan Sri Tiara Jacquelina.

“Wow”, ujar Erry Putra berseloroh.

Walau bagaimanapun, Remy tidak pula berkongsi lebih lanjut mengenai tujuan sebenarnya mempelajari ilmu tarian.

Justeru, netizen mula membuat spekulasi bahawa latihan yang dilakukan oleh pelakon kelahiran Melaka itu adalah untuk projek akan datang.

“Wow! Tak sabar nak tengok apa tujuan latihan ini dijalankan”, tulis @aida.wilson.25 pada ruangan komen video itu.

“Maya Karin pun ada memuat naik video menari”, komen @mintermizi, tertanya-tanya adakah projek akan datang bakal menggandingkan Remy bersama Maya Karin.

“Tak sabar nak tengok Remy berlakon. Minat selamanya”, komen @afiee_7.

Dalam perkembangan lain, drama lakonan Remy menerusi Jangan Menangis Cinta yang bergandingan dengan Amyra Rosli boleh disaksikan di Astro Ria atau Astro Go setiap Isnin hingga Khamis pada pukul 10 malam.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Setahun derita autoimun hingga berat badan ceah 46kg, Andi Bernadee akhirnya buka mulut punca ‘sembunyi’ diri

TEKA-TEKI mengenai imej misteri penyanyi dan pelakon popular, Andi Bernadee yang dilihat 'berselubung' setiap kali berada di ruang awam...

More Articles Like This