Sedapnya siakap aroma ni. Bagi yang tercari-cari resipi ikan siakap yang lazat, apa kata cuba resipi yang mudah ini. Bolehlah cuba masak untuk keluarga. Memang berbaloi. 

BAHAN-BAHAN
1 ekor ikan siakap
Sedikit tepung ubi
Sedikit garam
Sedikit serbuk pati ikan bilis
Minyak masak

BAHAN KUAH
2 labu bawang besar kuning |
potong dadu
3 tangkai daun ketumbar
1 botol sos cili Thai
3 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos ikan
30 ml air asam jawa
150 ml air
Sedikit gula
Minyak masak untuk menumis

BAHAN CINCANG HALUS
6 ulas bawang putih
20 tangkai cili padi
10 tangkai cili merah
10 batang serai

CARA MENYEDIAKAN
1.Ikan dibersihkan dan dilumurkan dengan serbuk pati ikan bilis hingga rata. Kemudian, lumurkan pula dengan tepung ubi di kedua-dua belah bahagian ikan termasuk bahagian dalamnya.
2.Panaskan minyak dan goreng hingga garing. Angkat dan ketepikan.
3.Di kuali lain, tumiskan ke semua bahan cincang halus sehingga garing dan wangi baunya.
4.Selepas itu, masukkan sos cili Thai, sos tomato, sos tiram dan sos ikan serta sedikit air asam jawa.
5.Tuangkan segelas air, tambahkan garam dan gula secukup rasa. Biarkan kuah seketika, apabila sudah agak pekat, tuangkan sos di atas ikan yang telah digoreng tadi.
6.Akhir sekali, taburkan dengan hirisan daun ketumbar dan hirisan lobak merah jika suka.

Resipi: Restoran Aroma Ikan Bakar, Pantai Jeram, Selangor.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitter, TikTokInstagram & Telegram