‘LAMPU hijau’ perlu diberikan kerajaan kepada agensi berlesen tempatan mengendalikan pengambilan pekerja asing untuk mempercepat urusan kemasukan tenaga kerja ke negara ini.
Ia boleh dilakukan secara ‘perniagaan-ke-perniagaan’ bersama agensi negara sumber.
Cadangan itu disuarakan Setiausaha Agung Pertubuhan Kebangsaan Agensi Perkhidmatan Swasta Malaysia (PAPSMA), Dr. Sukumaran Nair.
Menurut Sukumaran, kerajaan perlu bertemu pemain pasaran dalam industri tersebut bagi melicinkan proses pengambilan pekerja asing tanpa mengabaikan dasar serta peraturan kerajaan.
Sukumaran berkata, keputusan Kementerian Sumber Manusia untuk menghentikan sementara sistem digital bagi proses pengambilan pekerja asing yang diguna pakai pada masa ini amat dialu-alukan bagi mempercepatkan urusan permohonan daripada pekerja.
“Sistem itu tidak seharusnya mengambil alih tanggungjawab kerajaan dan dasar yang ditetapkan kementerian. Kami percaya bahawa akan ada perubahan besar dalam proses pengambilan untuk mempercepatkan proses pekerja asing masuk ke Malaysia.
Baca artikel berkaitan: Guna agensi berdaftar ambil pekerja asing – PAPSMA
“Malaysia kini mengalami kerugian jutaan ringgit akibat kelewatan dalam proses kelulusan dan pengambilan pekerja asing ke dalam sektor yang memerlukan,” katanya dalam kenyataan.
Mengulas lanjut, Sukumaran berkata, memorandum antara kerajaan dengan kerajaan dalam pengambilan pekerja asing dilihat tertangguh walaupun kerajaan menandatangani memorandum persefahaman (MoU) sejak tahun lalu.
Justeru katanya, kekurangan pekerja asing amat teruk dalam hampir semua sektor berlaku akibat terdapat kelembapan dalam proses pengambilan pekerja.
“Kami ingin tahu sama ada ia sengaja dilakukan beberapa agensi atau individu untuk kepentingan peribadi mereka sendiri.
“PAPSMA menolak sindiket dan monopoli yang ditetapkan mana-mana negara dalam bidang pengambilan dan penempatan pekerja asing ke Malaysia.
“Kami mencadangkan satu bentuk pengambilan yang adil dan beretika tanpa sebarang monopoli seterusnya membuka proses kepada semua agensi yang sah dan berdaftar untuk penempatan pekerja asing ke Malaysia,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

