Lelaki maut dalam pergaduhan di medan selera, siap berparang

Dari Penulis

SEORANG lelaki maut selepas terlibat dalam satu pergaduhan dekat sebuah medan selera di Kampung Baru, Bukit Mertajam, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd Samad berkata, pergaduhan melibatkan mangsa, seorang wanita dan empat orang lelaki yang saling mengenali antara satu sama lain.

Katanya, pihaknya menerima laporan daripada orang awam kira-kira pukul 8.20 malam.

“Susulan pergaduhan tersebut, mangsa mengalami cedera parah di bahagian badan dan di hantar ke Hospital Bukit Mertajam oleh orang awam,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Baca artikel berkaitan: Pemandu Myvi positif amphetamine, methamphetamine seret pekerja stesen minyak sampai parah

Bagaimanapun, mangsa berusia 30-an itu disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan dan proses bedah siasat akan di jalankan oleh unit forensik.

Shafee berkata, pihaknya kini giat mengesan suspek yang terlibat dan punca pergaduhan masih di dalam siasatan.

“Polis tidak menolak kemungkinan pergaduhan itu berpunca daripada dendam di antara mereka namun siasatan lanjut masih dijalankan.

“Kes kini di siasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan”.

Sehubungan itu, polis meminta saksi kejadian untuk tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Asisten Superitendan Ahmad Shahir Adnan di talian 019-9517045 atau 04-5382222.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Warga emas pandu kereta lawan arus tersepit rempuh lori di Bentong

SEORANG warga emas berusia 74 tahun tersepit selepas kereta dipandunya yang dipercayai bergerak melawan arus bertembung dengan sebuah lori...

More Articles Like This