Pelajar sekolah maut, motosikal bergesel dan dilanggar dua kereta

Dari Penulis

SEORANG pelajar lelaki Tingkatan Empat maut selepas motosikal ditunggangnya terlibat dalam kemalangan di Kilometer 11.9 Lingkaran Luar Butterworth (LLB) arah Sungai Dua awal hari ini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara ACP Mohd Radzi Ahmad berkata dalam kemalangan pada 2.35 pagi itu mangsa yang berusia 16 meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

“Siasatan awal mendapati kemalangan itu dipercayai berlaku apabila motosikal ditunggang mangsa bergesel dengan sebuah kereta ketika dia mengubah haluan dari lorong kiri ke kanan.

“Kejadian itu menyebabkan remaja lelaki itu terjatuh ke atas jalan sebelum mangsa dilanggar dua buah kereta yang datang dari arah belakang kerana tidak sempat mengelak,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya siasatan mendapati remaja yang bersekolah di sebuah sekolah di Seberang Jaya itu tidak mempunyai lesen memandu dan motosikal yang ditunggangnya adalah milik bapanya.

Beliau berkata mayat mangsa dihantar ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) untuk proses bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

— BERNAMA


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Dua rentung di DUKE, BMW 328I Sport dipercayai dipandu laju hingga hilang kawalan

SEBUAH kereta jenis BMW 328I Sport yang terbabas sebelum terbakar dalam nahas di Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE) hingga mengakibatkan...

More Articles Like This