SKUAD AC Milan semakin hampir untuk menjadi juara Liga Serie A buat pertama kali selepas 11 tahun apabila berjaya menumpaskan Atalanta 2-0 pagi tadi.
Skuad The Rossoneri kini mengumpul 83 mata daripada 37 perlawanan, dua mata di hadapan pencabar terdekat, Inter Milan yang mengumpul 81 mata dengan jumlah perlawanan yang sama.
Pengurus AC Milan, Stefano Piolli hanya perlu memastikan skuad kendaliannya itu sekurang-kurangnya seri dalam perlawanan menentang Sassulo di Stadium San Siro, minggu hadapan.
Dalam perlawanan pagi tadi, Milan terpaksa menunggu sehingga separuh masa kedua perlawanan untuk menjaringkan gol.
Pemain sayap kiri Milan, Rafael Leao berjaya menyumbat gol pada minit 56 selepas pemain itu mudah melakukan rembatan leret menewaskan penjaga gol Atalanta, Juan Musso.
Baca artikel berkaitan: EPL: Bowen bikin Manchester City kempunan tiga mata
Pada minit 75, pemain pertahanan kiri Milan, Theo Hernandez menambah derita Atalanta selepas menjaringkan gol kedua milan.
Hernandez melakukan larian solo dari bahagian bawah menewaskan pemain pertahanan Atalanta.
Kedudukan 2-0 kekal hingga tamat perlawanan biarpun kedua-dua pasukan saling menyerang antara satu sama lain.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

