GARA-GARA memuat naik satu klip video bermain mercun di tepi plaza tol di laman TikTok, lima lelaki ditahan polis tengah hari tadi selepas aksi mereka “berseronok” tular.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, kelima-lima lelaki berusia 30 hingga 42 tahun itu ditahan di perkarangan Ibu Pejabat Daerah Shah Alam pada pukul 12 tengah hari.

Katanya, kesemua mereka melakukan perbuatan itu di tepi Plaza Tol Setia Alam pada malam Sabtu lalu.

Baca artikel berkaitan: Pesakit mental cabul kanak-kanak di dalam lif direman lima hari

“Kesemua ditangkap selepas polis selesai soal siasat dan pengecaman video yang tular.

“Siasatan mendapati kejadian berlaku pada pukul 8 malam itu bagi meraikan hari lahir salah seorang rakan bernama ‘Mustafa’ yang berhenti di tepi jalan untuk berjumpa rakan-rakan lain,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd Iqbal berkata, kesemua suspek yang ditangkap akan direman esok bagi siasatan lanjut.

“Kes kini di siasat mengikut Seksyen 6 Akta Letupan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia”.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram