Sedapnya serunding ikan masin bersama hirisan daging ni. Sesuai dimakan dengan nasi impit atau roti, resipinya sangat mudah dan semestinya lazat. Jom cuba!

BAHAN-BAHAN:
300 gm kelapa parut
200 gm ikan masin kurau
150 gm daging – rebus dan siat halus
60 gm serai
50 gm cili merah – hiris halus
60 gm bawang merah – hiris halus
20 gm bawang putih – hiris halus
30 gm halia – hiris

CARA MENYEDIAKAN:
1.Bakar ikan kering sehingga kekuningan dan tumbuk isinya sehingga halus.
2.Rebus daging sehingga lembut dan kemudian siat halus
3.Gaulkan isi ikan dan daging tadi dengan bahan yang telah dihiris sehingga sebati
4.Tumbuk serai dan ambil airnya dan masukkan air serai serta kelapa parut dan gaulkan dengan isi ikan dan daging tadi.
5.Panaskan minyak dan masukkan semua bahan yang digaul dengan api perlahan. Kacau sehingga masakan tadi kering dan kekuningan selama 10 hingga 15 minit. Setelah naik bau, bolehlah diangkat dan hidangkan.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitter, TikTokInstagram & Telegram